“Kembar terpis4h ke ni?” Ramai tervja Fazura jumpa wanita seirasnya

Beberapa minggu lalu, tular di platform TikTok mengenai seorang wanita dikatakan seiras dengan pelakon dan usahawan cantik, Nur Fazura sehingga menarik perhatian ramai.

Pun begitu, wanita dikenali sebagai Ellya Fara itu dikatakan ‘terhegah-hegeh’ kerana sering menghasilkan video berkaitan pelakon tersebut dengan mengulang berkali-kali ayat ‘Saya bukan Fazura ya’ sehingga mengundang rasa muak ramai.

Terbaharu, Elle memuat naik video berjumpa dengan selebriti berusia 39 tahun di konsert sulung anjuran Fazura, Faztival Fazura 2022 yang berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Menerusi hantaran dikongsikan, dilihat Elle sedang berlari-lari anak menuju ke arah Fazura sebelum mereka berdua berpelukan.

“Masih belum ‘move on’. Terima kasih, Kak Faz @Fazura. Anda sangat baik pada saya dan seperti malaikat,”luahnya di ruangan kapsyen.

Rata-rata warganet meninggalkan pujian di ruangan komen di ramai tidak menyangka wanita tersebut benar-benar ‘iras’ seperti Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin.

Selain itu, ada juga menyatakan pendapat bahawa aktres tersebut sepatutnya memakai pakaian senada dan sewarna dengan wanita tersebut supaya menampakkan ia benar-benar seperti kembar.

Malah, warganet juga memuji sikap isteri kepada pelakon Fattah Amin itu yang dilihat sangat merendahkan dirinya dan mesra apabila berjumpa dengan seseorang yang dikatakan ‘kembar’.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "“Kembar terpis4h ke ni?” Ramai tervja Fazura jumpa wanita seirasnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*