Erra Fazira Hanya Berserah Jodoh Pada Ketentuan Allah, Erra Akui Tidak Menolak Jika Diberi Peluang Berkahwin Lagi

Memang tak asing lagi kita dengn pelakon cantik bergaya ini. Selepas tular di media sosial video yang memaparkan selebriti terkenal tanah air yang juga dikenali sebagai primadona Malaysia, Erra Fazira hadir ke majlis perkahwinan yang sama dengan bekas suami iaitu Engku Emran dan Nabila, sudah semestinya pelakon itu diserbu soalan mengenai perancangan sama ada mahu kekal solo ataupun tidak.

‘Saya tak nak single’

Susulan penyanyi Ziana Zain bergurau dengan meminta supaya Erra terus kekal solo, ibu kepada Engku Aleesya ini seakan memberi bahawa dia bersedia untuk berpasangan lagi. Saya taknak ‘single.’ Kenapa nak ‘single’ kalau boleh berdua. Namun, Erra juga memaklumkan bahawa dia berserah kepada jodoh yang telah Allah tetapkan kerana baginya kenapa perlu menolak jika diberi peluang untuk berdua.

Terima jemputan perkahwinan Shahir

Bukan itu saja, Erra turut berkongsi bahawa dia menerima jemputan majlis perkahwinan rakannya iaitu Shahir Zawawi yang telah berlangsung baru-baru ini. Alhamdulillah, dia dah selamat diijabkabulkan menjadi suami. Semoga terus berkekalan hingga ke Jannah. Tambah Erra lagi, dia memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis tersebut walaupun dijemput kerana mempunyai urusan kerja yang tak dapat dielakkan. Erra yang hadir ke majlis perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr. Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan bersama isterinya Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari untuk melakukan persembahan. Sumber, oh bulan

Shahir Bakal Dirikan Rumah Tangga, Kini Ini Respon Erra Fazira Dan Siap Tampil Berikan Nasihat. Penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi Shahir Zawawi yang bakal mendiri.kan rumah tangga tidak lama lagi. Shahir sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan primadona filem Melayu itu. Erra, 48, ber kata dia turut gembira apabila mendapat tentang perkhabaran itu dan mendoakan agar ikatan per.kahwinan yang bakal dibina Shahir berkekalan hingga ke jannah.

“Alhamdulillah, gembira mendengar perkhabaran tersebut. Apabila mendapat tahu yang dia mahu ber kahwin, saya terus hantar mesej dan mengucapkan tahniah. Dia pun tak sorok dari pada saya. Tambahan pula, saya rasa dia dah sangat bersedia untuk bergelar suami. Jadi, saya berharap agar perkahwinan tersebut bakal menjadi perkahwinan pertama dan terakhir buatnya, dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya. Sementara itu ketika ditanya mengenai status terkininya, Erra berkata dia masih solo dan tenang menjalani kehidupan bersama anak tunggal nya, Engku Aleesya.

“Nak mencari jodoh bukannya mudah, tanya diri sendiri perlu ke jodoh… kalau jodoh membuat hidup kita tak tenang, so what’s the point? Setakat ini, saya okay dengan keadaan begini, lebih tenang… saya boleh lebih beri fokus terhadap kerja dan bisnes,” katanya lagi.

Erra sebelum ini pernah mendirikan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Oktober 2007 namun disahkan berpisah pada 2014. Hasil perkahwinan, Erra dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Erra Fazira Hanya Berserah Jodoh Pada Ketentuan Allah, Erra Akui Tidak Menolak Jika Diberi Peluang Berkahwin Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*