“Buat R0sak Lagu Negara je..” Netizen Persoal Lagu Negaraku Di Final Piala FA

Lagu kebangsaan, Negaraku yang dipersembahkan sebelum bermulanya perlawanan akhir bola sepak Piala AF antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam menimbulkan rasa kurang senang wargamaya. Pada malam itu, lagu tersebut telah disampaikan oleh juara pertandingan All Together Now Malaysia musim pertama, Idris Brown dan diiringi seorang pemain gitar elektrik di sisinya.

Ketika lagu tersebut dipersembahkan, bunyinya kelihatan sedikit berbeza daripada kebiasaan dan kedengaran sedikit `keras’ disebabkan iringan gitar yang dimainkan. Ekoran hal itu, tanda pagar #LaguNegaraku turut menjadi trending di laman Twitter. Malah, beberapa pengguna laman tersebut mempersoalkan mengapa lagu Negaraku dipersembahkan sedemikian rupa. Macam ada yang tak kena.

Mana tidaknya, lagu Negaraku yang biasanya didendangkan dengan muzik penuh semangat patriotik terdengar sangat bingit ketika di stadium dan juga di rumah. Perkara itu menjadi perbahasan di laman Twitter serta di TikTok apabila ada yang merasakan hal sama. Menurut pengguna TikTok dikenali sebagai gazimbo, lagu Negaraku tidak sesuai diubah muziknya dan berharap supaya muzik dari lagu kebangsaan kita tidak diubah sesuka hati.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rocketfuel Entertainment (@rocketfuelent)

“Siapa punya idea la Negaraku macam ni” Warganet di Twitter turut mengatakan hal yang sama kerana berasa ‘pelik’ dengan lagu Negaraku ketika awal mula final Piala FA malam tadi. Rata-rata mereka berpendapat bahawa gorengan gitar tidak sesuai dengan lagu kebangsaan kita sehingga ada yang bingung untuk menyanyikan lagu Negaraku disebabkan muziknya berbeza dengan kebiasaan yang kita dengar.

“Lagu Negaraku dinyanyikan begitu? Ada benda boleh buat main, ada benda tidak. No respect,” kongsi seorang netizen. “Lagu Negaraku tak payah la buat macam itu, itu kan lagu rasmi,” tulis seorang wargamaya. “Woi lagu Negaraku dibuat dalam versi rock? Apesal!” kongsi seorang lagi warganet.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "“Buat R0sak Lagu Negara je..” Netizen Persoal Lagu Negaraku Di Final Piala FA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*