Mohon Doa Dari Orang Ramai, Anak Tampil Dedah M Daud Kilau Dimasukkan Ke Hospital Dan Ini Keadaannya

Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 84, dimasukkan ke Hospital Teluk Intan HTI di sini, selepas mengadu sesak nafas tengah malam tadi. Ahmad Zaini, 51, berkata, bapanya dibawa ke HTI pada 12 tengah malam tadi sebelum doktor mengesahkannya dalam keadaan yang teruk dan mempunyai masalah paru-paru ber.4ir.

Sekadar info, Datuk Muhammad Daud Bin Kilau atau lebih dikenali sebagai Datuk M Daud Kilau merupakan seorang penyanyi Malaysia, Singapura. Dilahirkan pada 10 Julai 1938 di Sungai U.lar, Bagan Datoh, Perak beliau merupakan anak bongsu daripada 10 beradik.

Beliau mulai mencebur bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 menerusi lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis. Bermula dari titik itu, beliau terus mendapat peluang menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut. Kemudian pada 1985, beliau menjuarai pula pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori Nyanyian Asli.

Perlu Bantuan Pernafasan

Menurutnya, bapanya kini dalam pemantauan doktor dan memerlukan bantuan pernafasan. “Doktor mengesahkan pada keluarga bahawa Dato Md Daud Kilau k.rtikal paru paru berair pada 2 pagi. Kami sekeluarga membenarkan doktor untuk membuat CPR Bantuan Pernafasan Kecemasan

dan memasukkan tiub bagi membantu pernafasannya apabila j.ntungnya terhenti. Ayah masih memerlukan bantuan pernafasan dan dalam keadaan separuh sedar tapi masih kr.tikal,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Penyanyi lagu malar segar, Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas dan menjalani prosedur operasi angi.oplasty di Institut Jntung Negara IJN Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Mohon Doa Dari Orang Ramai, Anak Tampil Dedah M Daud Kilau Dimasukkan Ke Hospital Dan Ini Keadaannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*