Mohon Orang Ramai Doakan Kesihatan Isteri, Azlee Senario Tampil Dedah Apa Sebenarnya Yang Berlaku Pada Isterinya

Pelawak Azlee Senario meluahkan kebimbangan mengenai keadaan isterinya iaitu Aslinda Ayob yang kini berada dalam keadaan kurang sihat serta demam sejak lima hari lalu. Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar berkata, isterinya terlantar sakit dan tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja harian di rumah.

“Saya minta kepada semua rakyat Malaysia mendoakan agar isteri saya kembali sembuh seperti sedia kala. Sebenarnya saya terkejut kerana mulanya dia hanya kata demam biasa, sepanjang lima hari saya hanya beri dia ubat sahaja dan hari ini saya mengambil keputusan untuk bawa berjumpa doktor kerana risau melihat keadaannya. Doktor sudah mengambil ujian darah dan kena tunggu keputusan dalam beberapa hari lagi, saya harap sangat bukan sakit yang berbahaya,” kata Azlee.

Azlee Senario sambut baik kehadiran pelawak baharu, soal rezeki Tuhan tentukan

Pelawak, Azlee Senario menyangkal dkwaan kurang menerima tawaran lakonan ekoran kemunculan banyak pelawak baharu. Kata Azlee atau nama sebenarnya, Azlee Jaafar, 55, dia sebaliknya menyambut baik kehadiran artis muda dan tidak melihat mereka sebagai saingan.

“Saya masih terima tawaran berlakon tetapi buat masa sekarang fokus itu lebih kepada menjadi pengacara majlis korporat. Kumpulan Senario juga masih aktif dan kami akan muncul dengan projek baharu namun masih dalam rangka rancangan,” jelasnya.

Sekiranya tidak terikat dengan aktiviti penggambaran, Azlee lebih tertumpu kepada bidang pengacaraan majlis.

Mengulas lanjut, Azlee menasihatkan agar pelawak perlu kreatif namun tidak perlu menyentuh senstiviti yang mampu mencetuskan kontroversi. “Perkembangan industri pelawak sudah semakin berkembang dan pada saya itu satu perkara yang baik. Paling penting percaya bahawa rezeki itu Allah yang tentukan. Jadi kita perlu lakukan yang terbaik dan jangan buat lawak yang mengundang aib. Cuba untuk hasilkan lawak bijak yang dapat menjaga martabat kita sebagai pelawak,” ujarnya.

Azlee berkata demikian ketika hadir sesi sidang media dalam talian drama Anak Beranak Abe Yie pada Selasa. Drama arahan Pali Yahya dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures itu turut dibintangi oleh Jasmin Hamid, Aiman Tino, Wan Sharmila, Aidit Noh, Puteri Sarah dan Aidil Aziz. Memulakan siaran pada 16 Ogos setiap Isnin hingga Khamis pukul 6 petang di TV3, Anak Beranak Abe Yie mengisahkan ragam sebuah keluarga menjalani kehidupan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Kekecohan dan pelbagai aksi lucu berlaku apabila terdapat ahli keluarga yang terlalu paranoid dengan wabak merbahaya itu sehingga insiden tidak diduga.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Mohon Orang Ramai Doakan Kesihatan Isteri, Azlee Senario Tampil Dedah Apa Sebenarnya Yang Berlaku Pada Isterinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*