Kutipan luar jangkaan, Raja Azmi ada kata sesuatu tentang Datuk Adi Putra

PENERBIT Raja Azmi meluahkan rasa bangga dan syukur apabila filem terbaharu terbitannya, Jerangkung Dalam Almari berjaya meraih kutipan sebanyak RM2 juta selepas 14 hari ditayangkan.

Meskipun bukan angka tinggi berbanding filem tempatan lain, Raja Azmi tetapi menganggap ia satu pencapaian peribadi kerana sepanjang bergelar penerbit ini adalah kali pertama karya terbitannya mencecah kutipan jutaan ringgit.

“Tak kisahlah orang nak cakap RM2 juta itu sedikit, tetapi ia pencapaian terbaik sepanjang saya bergelar penerbit. Saya dah buat enam filem dan ini kali pertama dapat kutipan melepasi jutaan ringgit.

“Selama ini filem-filem terbitan saya hanya ‘kutip’ kontroversi sahaja, kali ini dapatlah merasai kejayaan dari segi kutipan,” katanya kepada mStar.

Filem berkenaan membariskan pelakon hebat seperti Adi Putra, Hasnul Rahmat dan Wan Hanafi Su.

Dalam pada itu, Raja Azmi tidak menolak kejayaan filem itu turut didorong oleh penglibatan Datuk Adi Putra sebagai teraju utama yang berjaya memikat hati penonton menerusi Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.

Dengan barisan pelakon berwibawa serta jalan cerita menarik, Raja Azmi berkata, penonton dapat menilai kualiti filemnya kali ini dan menarik lebih ramai ke pawagam.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua lagu trending, Aliff Syukri ‘confident’ diri penyanyi nombor satu… Sempat ulas mengenai tipu ubat

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dompet hilang tapi ada kejutan lain buat Azlan The Typewriter, dipertemukan dengan sahabat 28 tahun terpisah

“Penglibatan Adi Putra membantu kutipan kerana penonton sudah menonton filemnya sebelum ini, saya tidak nafikan hal itu.

“Saya juga percaya, jalan cerita dan watak-watak lain dalam Jerangkung Dalam Almari mendorong penonton ke pawagam. Orang akan bercakap tentang kualiti filem ini untuk tarik lebih ramai orang menontonnya,” ujarnya.

Berjaya memperoleh sedikit keuntungan selepas mengeluarkan modal sebanyak RM800,000, Raja Azmi juga berjanji rezeki kali ini akan turut dikongsi bersama pasukan produksi dan pelakon.

Jerangkung Dalam Almari masih ditayangkan di pawagam.

Malah Raja Azmi juga dalam perancangan untuk menghasilkan sekual filem itu sebagai kesinambungan jalan cerita dan beberapa watak sebelum ini.

“Saya sasarkan kalau cecah RM3 juta, saya akan beri bonus tetapi dengan keuntungan yang sedikit ini pun, saya tetap akan kongsi rezeki bersama produksi dan pelakon.

“Semestinya saya lebih bersemangat untuk terbitkan filem selepas ini malah skrip sekual filem ini juga sudah siap dan masih ada sedikit perubahan sebelum memulakan penggambaran,” ujarnya.

Selain Adi Putra, filem terbitan Akid Productions Sdn Bhd itu turut dibintangi oleh Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Sophia Albarakbah, Anne Abdulllah dan Isaac Iman.

Mengisahkan rahsia hitam yang disimpan oleh adik-beradik Fikri (Adi Putra) dengan abangnya, Ali (Hasnul Rahmat) sehingga mengakibatkan berlakunya ancaman jerangkung dalam almari.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Kutipan luar jangkaan, Raja Azmi ada kata sesuatu tentang Datuk Adi Putra"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*