Tular Video Kak Long 7E Diperlakukan Seperti Lembu, Akhirnya Kak Long 7E Bongkarkan Cerita Sebenar Pasal Video Tu

Heboh mengenai video kontroversi milik usahawan terkenal, Datuk Alif Syukri bersama Baby Shima dalam mempromosi lagu mereka berjudul ‘Baby Sayang’. Ekoran itu, muncul pula video terbaharu yang memaparkan gandingan Aliff Syukri, Baby Shima dan individu digelar Kak Long 7E dalam satu video di TikTok. Kak Long 7E pernah menjadi bualan hangat orang ramai dahulu akibat menampilkan perbuatan kurang ajar menegur staf kedai serbaneka 7 Eleven. Video tular berdurasi 21 saat itu telah menimbulkan pelbagai reaksi warganet yag meluahkan rasa kesal dan simpati apabila melihat Kak Long 7E diperlakukan seperti lembu. Alif Syukri seakan menarik Kak Long 7E yang ‘ditunggang’ (diduduk) oleh Baby Shima seperti gaya menaiki lembu atau kuda. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berkata mereka seakan nampak perit Kak Long 7E dalam mencari rezeki untuk menampung kehidupan seharian.

Ada juga segelintir daripada mereka yang mengakui sebelum ini ‘meluat’ dengan Kak Long 7E namun mereka tidak sanggup melihat keadannya diperlakukan seperti itu. Namun begitu, ada juga sesetengah daripada mereka yang membidas komen simpati orang ramai dengan berkata Kak Long 7E diberi pilihan sama ada untuk menolak mahupun menerima tawaran daripada Aliff Syukri. GARA-gara melakukan aksi yang dianggap tidak wajar, nama individu yang pernah tular kerana kejadian amukan di kedai serbaneka 7-Eleven, Kak Long kembali menjadi bahan kritikan warganet. Malah, dua selebriti yang turut bersama Kak Long iaitu usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi, Baby Shima turut terpalit sama menerusi video gandingan mereka bertiga yang dikongsi di media sosial.

Susulan pelbagai tohmahan yang dilemparkan, Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura menerusi video berdurasi satu minit dan 27 saat membuat pengakuan bahawa dirinya tidak dibayar atau diupah untuk beraksi sedemikian. “Kepada warganet yang berkata buruk kepada saya. Datuk (Aliff) sebenarnya tak ada ambil saya, upah apa pun. “Yang terjadi tu adalah kehendak saya sendiri, saya yang buat sendiri,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial miliknya, petang Isnin. Menerusi video berdurasi 21 saat, aksi Kak Long dianggap sebagai ‘diperlakukan seperti lembu’ oleh warganet. Video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi warganet yang kesal melihat Aliff seakan menarik Kak Long yang ‘ditunggang’ oleh Baby Shima yang duduk di atas belakangnya, seperti menunggang lembu atau kuda.

Aksi Kak Long ‘diperlakukan seperti lembu’ menjadi perhatian warganet. Sehubungan itu, Kak Long meminta semua pihak supaya berhenti menyalahkan Aliff dan Baby Shima. “Cukup salahkan datuk, cukup salahkan Baby Shima. Sebab ini bukan kehendak datuk, tapi adalah kehendak saya sendiri… saya yang rela hati buat sendiri. “Buat apa awak nak marah-marah datuk? Awak tak fikir ke perasaan orang apabila awak memfitnah saya begitu. Tak ada orang paksa, saya dengan rela hati. “Okay selepas ni, kalau awak nak saya berubah jadi baik, awak pun perlu komen saya yang baik-baik. Cukup salahkan orang, datuk tak bayar saya apa pun untuk saya buat video ni.

“Untuk saya buat video dengan Baby Shima yang saya jadi begitu… tak ada orang paksa, saya dengan rela hati,” tegasnya. Kak Long mendakwa dirinya tidak dibayar melakukan aksi sedemikian. Menurut Kak Long, dia mahu menjalani kehidupan normal seperti orang lain. “Saya nak hidup normal. Kalau awak cakap baik-baik dengan saya, Alhamdulillah. “Kalau awak nak bersangka buruk dengan saya, awak fikirlah sendiri. “Datuk tak ada kata apa-apa pada saya, tidak pun saya jadi begitu. Sebabnya ia adalah kehendak saya dengan rela hati,” tambahnya. Malah, Kak Long turut meminta semua pihak berhenti melontarkan tohmahan kepada dirinya, termasuk Aliff dan Baby Shima.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Tular Video Kak Long 7E Diperlakukan Seperti Lembu, Akhirnya Kak Long 7E Bongkarkan Cerita Sebenar Pasal Video Tu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*