Tampil Beri Kata Kata Semangat Untuk Mizz Nina, Tapi Ramai Yang Tak Puas Hati Sampaikan Puteri Sarah Pula Dikritik Semula

Berita perpisahan pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina ternyata mengejutkan ramai peminat, malah ada yang bersedih dengan pengumuman tersebut. Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Puteri Sarah yang menitipkan sokongan buat Nina di Insta Story. Menerusi entri itu, Puteri Sarah berkata dia merupakan peminat Mizz Nina serta mendoakan agar wanita itu diberikan kekuatan menempuh ujian tersebut. “Sentiasa mengidolakan awak. Semoga terus kuat. Sesungguhnya, Allah ada bersama orang-orang yang sabar,” tulisnya.

Puteri Sarah Dibandingkan Dengan Mizz Nina Pula?

Hal terbabit telah menarik perhatian warganet untuk tinggalkan reaksi mereka terhadap kata-kata Puteri Sarah, di mana dia berkata sememangnya mengidolakan Mizz Nina. Biarpun mempunyai niat baik untuk memberi semangat kepada rakan selebriti, kebanyakkan warganet mempunyai pandangan yang berbeza hinggakan mereka membuat perbandingan di antara dua selebriti itu.

Ada di antara warganet berkata, Puteri Sarah tidak perlu sibuk dengan hal Mizz Nina dan hanya perlu jaga diri sendiri yang kian hari didkwa sering mengaibkan suami sendiri di platform media sosial untuk raih perhatian.

Terima kasih doakan Noh, Musa dan saya – Mizz Nina

Selebriti media sosial, Mizz Nina, meluahkan rasa terharu, selain berterima kasih atas doa dan kata-kata semangat yang dikirimkan kepadanya, Noh Salleh serta anak lelaki mereka, Musa. Perkara itu dikongsikan oleh Mizz Nina menerusi akaun Instagram, malah dia turut mendoakan kembali peminat dan pengikutnya yang sentiasa berdiri teguh di belakangnya. Selain itu, Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, turut berkongsi sepotong doa yang menyentuh mengenai harapan untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Terima kasih atas cinta, doa dan sokongan terhadap Noh, Baby Musa dan saya. Ya Tuhan, jadikan aku lebih baik daripada apa yang mereka fikir tentangku. Maafkan aku untuk apa yang mereka tidak tahu mengenai diri ini. Dan jangan hukum aku terhadap apa yang mereka katakan kepada diri ini,”katanya. Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza, aktivis kemanusiaan itu berkongsi petikan surah al Sharh ayat kelima yang menyebut tentang ujian.

“Maka bahawa sesungguhnya setiap kesulitan itu disertai kemudahan,”katanya. Menerusi laporan media tempatan, Noh dan Mizz Nina berpisah tlk satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 3 Ogos. Pada 13 Julai lalu, Noh menyangkal dakwaan perkahwinannya bersama Mizz Nina berdepan masalah. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Tampil Beri Kata Kata Semangat Untuk Mizz Nina, Tapi Ramai Yang Tak Puas Hati Sampaikan Puteri Sarah Pula Dikritik Semula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*