“Mimpi dia akan pulang 26 hari bulan” – Luahan Tunang Arwh Iman Aqmar Buat Ramai Sebak

Pasir Gudang: Mimpi menjadi petanda jasad Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak 29 Oktober tahun lepas, ditemukan.

Tunang allahy4rh4am, Nurfaizah Mahadi, 25, berkata, sepanjang hampir 10 bulan, dua kali dia bermimpi mengenai 4rw4h.

Katanya, pada mimpi pertama, dia hanya sempat bertanyakan ke mana pergi tunangnya tetapi dibalas dengan senyuman 4rw4h.

“Saya ada mimpi dua kali bertemu 4rw4h, dalam mimpi pertama saya tanya dia, awak pergi mana? Tetapi dia senyum tunjuk ke satu arah dan hilang, sebelum saya terjaga dari tidur.

“Kali kedua saya bermimpi saya dapat menghubungi 4rw4h dan dia angkat. Saya bertanya dalam mimpi itu, awak di mana? Semua orang mencari awak. 4rw4h cakap saya ada sini, dalam 26 hari bulan nanti saya balik la.

“Saya mimpi awal tahun ini, saya bersyukur Iman ditemukan. Saya reda dengan ketentuan takdir Allah,” katanya selepas selesai urusan pengebumian Muhammad Iman Aqmar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih di sini, awal pagi hari ini.

Muhammad Iman Aqmar sepatutnya bernikah bulan ini

Norfaizah turut melahirkan rasa syukur, kerana jawapan kepada persoalan hampir 10 bulan mengenai keberadaan tunangnya sudah terjawab.

Katanya, dia sering risau akan keadaan tunangnya sejak lelaki itu hilang, 29 Oktober tahun lalu.

“Saya rasa bersyukur selama hampir 10 bulan kami menunggu jawapannya, sekarang sudah terjawab di mana dia berada.

“Ada kuburnya, saya bersyukur sangat. Saya rasa bersyukur sangat kerana, ini jawapan yang saya tunggu, selama 10 bulan ini saya selalu fikir dia di mana? Dia makan ke atau tidak?” katanya.

Muhammad Iman Aqmar dan Nurfaizah sepatutnya melangsungkan pernikahan ketika ulang tahun kelahiran tunangnya itu pada Disember lalu, namun hajat mereka tidak k3$ampaian.

Perkahwinan mereka sepatutnya diadakan pada Ogos tahun lalu, namun ditangguhkan pada Disember lalu kerana ayah Norfaizah men1ngg4l dunia.

Johor Bahru: allahy4rh4am Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, yang hilang sejak 29 Oktober tahun lalu, sepatutnya bernikah dengan tunangnya bulan ini.

Bapa saudara allahy4rh4am, Azuni Abd Kadir, 47, berkata anak saudaranya itu sudah setahun bertunang dengan pilihan hatinya sebelum kejadian malang itu berlaku.

Katanya, majlis pernikahan allahy4rh4am pada awalnya dijadualkan berlangsung Januari lalu.

“Namun kerana bapa tunangan allahy4rh4am baharu men1ngg4l dunia kira-kira dua bulan sebelum kehilangannya, keluarga sepakat menunda majlis pernikahannya pada bulan ini.

“Bagaimanapun, takdir Allah mengatasi segala perancangan kita. allahy4rh4am tiba-tiba hilang tanpa dapat dik3$an 29 Oktober tahun lalu. allahy4rh4am sepatutnya bernikah bulan ini,” katanya ketika dihubungi.

Kisah kehilangan Muhammad Iman Aqmar menjadi tular di media sosial tahun lalu, apabila adiknya memohon orang ramai mengesan abangnya selepas gagal dik3$an.

Muhammad Iman Aqmar bergerak dari Pasir Gudang jam 1.30 pagi pada 29 Oktober ke Terengganu dengan memandu kereta miliknya, sebelum gagal dihubungi keluarga serta majikan tempat kerjanya.

Semalam polis dilaporkan menemukan satu rangka manusia dalam sebuah kereta yang ditarik keluar dari Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, dipercayai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hampir 10 bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, dilaporkan berkata mayat ditemukan dalam kenderaan Nissan Grand Livina yang dijumpai seorang lelaki warga emas ketika dia mengalihkan besi dari jalan ke tepi sungai berkenaan pada 11.40 pagi.

Kenderaan itu mempunyai kerosakan pada bahagian hadapan, kiri dan kanan, selain pemeriksaan di dalamnya menemukan mayat diselaputi lumpur serta pas pekerja yang didaftarkan atas nama Muhammad Iman Aqmar.

Siasatan awal polis terhadap nombor pendaftaran kenderaan mendapati ia dikaitkan dengan laporan kehilangan dibuat di Pasir Gudang, Johor oleh ahli keluarga mangsa.

Rangka mayat itu kemudian dilaporkan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat, manakala kenderaan itu ditarik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan bagi siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Azuni berkata, ibu allahy4rh4am, Asmawati Kadir, 55, bersama waris keluarga yang lain akan ke HTAA esok pagi bagi membolehkan hospital mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) mereka bagi dibandingkan dengan rangka yang ditemui.

“Jika proses DNA berjalan lancar dan selesai awal esok, jenazah allahy4rh4am akan dibawa pulang ke Pasir Gudang pada sebelah petang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih.

“Insya-Allah pengebumian akan dibuat sama ada petang esok juga atau pagi Selasa,” katanya.

Azuni berkata, ibu dan k3$emua waris juga dijadualkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan bagi bertemu polis selain melihat kenderaan allahy4rh4am yang ditemui.

“Kami menunggu panggilan IPD untuk ke sana petang nanti,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Hmetro

Be the first to comment on "“Mimpi dia akan pulang 26 hari bulan” – Luahan Tunang Arwh Iman Aqmar Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*