Isu Berjinak Dengan Anj1ng, Natasha Hudson Beri Teguran Kepada Dato AC Mizal?

Sebelum ini pernah tul4r di media sosial mengenai hantaran pengacara Datuk AC Mizal mengenai isu berjinak dengan anj1ng yang mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon, Natasha Hudson yang turut bersuara.

Tidak Kagum Dengan Individu Diskriminasi Kerja Orang Lain Yang Berusaha Selamatkan Haiwan

Menerusi Insta Stories, Natasha memohon maaf mengenai dirinya yang lantang bersuara mengenai sentimen haiwan dan menegaskan bahawa dia tidak berasa kagum terhadap sesiapa yang mendiskriminasi kerja orang lain yang telah berusaha untuk menyelamatkan haiwan.

“Mula-mula maafkan saya kerana lantang tentang sentimen HAIWAN. Ia isu sensitif. Saya tidak kagum dengan sesiapa yang mendiskriminasi kerja orang lain yang berusaha menyelamatkan haiwan.  Anggap la binatang juga ujian untuk menguji keikhlasan lubuk hati kita.”-Tulis Natasha

Minta AC Mizal Henti ‘Condemn’ Anak Muda Bantu Anjing Terbiar

Dalam pada itu, Natasha turut meminta AC Mizal untuk henti mengkr1tik tindakan anak muda yang melakukan kebaikan membantu anjing-anjing yang terbiar.

“Orang sibuk nak collect pahala. Sebagai selebriti senior, why not support his human/ animal lover cause also? @dacdatoac bagus budak ni.

“At least anak muda yang tunjuk contoh amal yang luar biasa. Jangan kutuk dia okay? Jemput dia ke rancangan awak mungkin?”-Tulis Natasha

Sebelum ini, nama AC Mizal menjadi perhatian selepas memuatnaik hantarannya yang mempertikaikan tindakan individu yang berjinak dengan anjing dan mendakwa perbuatan itu bertujuan meraih perhatian.

Hantaran tersebut turut mendapat perhatian daripada doktor haiwan yang dikenali sebagai Dr Ima yang menyifatkan kenyataan AC Mizal sebagai kurang bijak.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : murai

Be the first to comment on "Isu Berjinak Dengan Anj1ng, Natasha Hudson Beri Teguran Kepada Dato AC Mizal?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*