Tak Mudah Nak Kumpul Wang Untuk Beribadah Pergi Haji, Tapi Ni Luahan Mira Filzah Lepas Tular 380 Jemaah Terkandas Di KLIA

“Ada yang berpuluh tahun kumpul duit nak pergi haji.” Itu antara luahan pelakon popular Mira Filzah berhubung isu seramai 380 jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat ditipu sebuah agensi pelancongan.

 

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, mengakui berasa marah dengan perkara tersebut dan turut bersedih kerana bukan mudah untuk menyimpan duit berpuluh ribu bagi merealisasikan rukun Islam kelima itu. “Allahuakbar, marah dan sedih. Bukan semua orang hidup senang. Ada yang berpuluh tahun kumpul duit hendak pergi menunaikan haji,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory hari ini.

 

Sedar berat mana memandang berat lagi bahu yang memikul, namun pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu tidak dapat membendung rasa kecewa dan kemarahannya terhadap agensi yang sanggup menipu bakal jemaah ke Tanah Suci. “Terdapat mak cik dan pak cik guna duit simpanan atau pencen yang sudah berpuluh tahun untuk ke Tanah Suci. Agensi boleh menipu? Tak ingat Tuhan ke mereka ini? Allahuakbar,” katanya lagi.

 

Hasrat seramai lebih 380 jemaah haji tidak kesampaian apabila terkandas di KLIA malam tadi berikutan dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan. Difahamkan, kesemua bakal jemaah yang berasal dari seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak terbabit gagal berlepas ke Tanah Suci selepas tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap seperti visa dan passport. Kesemua mereka yang berkumpul di Aras 5 Balai Kelepesan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan ibadah haji dan tidak melalui Tabung Haji (TH).

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Tak Mudah Nak Kumpul Wang Untuk Beribadah Pergi Haji, Tapi Ni Luahan Mira Filzah Lepas Tular 380 Jemaah Terkandas Di KLIA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*