Disifatkan Tidak Sesuai Beri Kata Semangat Kepada Pelajar, Ini Penjelasan Haqiem Stopa Tentang Isu Yang Berlaku

Baru-baru ini, kec0h di media sosial apabila seorang influencer Tik Tok iaitu Haqiem Stopa dipanggil memberikan motivasi di sebuah sekolah.

 

Ini kerana ada yang menyifatkan dia bukanlah individu yang dirasakan sesuai untuk memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar.

 

Bagaimanapun, Haqiem sekadar berkongsi pengalaman dalam mengenal erti peluang kedua seterusnya menyeb4rkan sisi positif kepada mereka, baru-baru ini.

 

 

Difahamkan, Haqiem Stopa dijemput oleh penganjur Projek Belia Mahir di dalam program ‘Cerita Orang Gagal’ yang melakukan inisiatif jelajah ke sekolah-sekolah di seluruh negara.

 

Perkara tersebut turut diterangkan oleh pemuda berusia 23 tahun ini menerusi Insta Stories, sekaligus menjelaskan mengenai situasi sebenar.

 

 

VIDEO:

 

Menurutnya, dia hadir di atas jemputan untuk memberikan motivasi tentang peluang kedua. Peluang kedua yang dimaksudkan itu contohnya tentang keg4galan pelajar berjaya dalam SPM namun masih lagi berpeluang untuk berjaya dalam kehidupan.

 

 

Malah, dia tidaklah ‘mengajar’ mereka membawa motosikal sebagaimana yang did4kwa, tetapi lebih kepada berkongsi latar belakang dirinya sendiri yang bangkit dari keg4galan.

 

Meninjau di ruangan komen, netizen turut memberikan kata-kata semangat buatnya untuk terus memberikan inspirasi pada yang lain. Namun ada juga yang menganggap ini mungkin akan memberikan pengaruh yang tidak sepatutnya kepada para pelajar yang ditemuinya itu.

 

KOMEN NETIZEN:

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Satkoba

Be the first to comment on "Disifatkan Tidak Sesuai Beri Kata Semangat Kepada Pelajar, Ini Penjelasan Haqiem Stopa Tentang Isu Yang Berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*