Tular Video Ds Vida Sekali Ada Yang Suruh Cik B Hadiahkan Kain Kapann, Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Respon Padu Cik B

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai video yang memaparkan aksi tampar punggung yang dipamerkan oleh beberapa usahawan selebriti iaitu Kak KM, Ifa Raziah, Datuk Seri Vida (DSV) dan Cheta Potpet. Susulan itu, pelbagai kritikan dilontarkan kepada mereka gara-gara aksi tidak sen0noh tersebut sehingga diminta tampil ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi keterangan mengenai video sensasi terbabit. Walaubagaimanapun, isu ini masih hangat dibualkan apabila ada seorang pengguna di Twitter membuat satu ciapan pedas terhadap DSV dan meminta anaknya, Cik B untuk menghadiahkan set kelengkapan kain kafan sebagai peringatan.

“Kesian anak-anak kalau dapat mak macam ni. Cik B (@HavocCikB) boleh la hadiahkan Vida benda ni (pautan e-dagang) baru dia beringat sikit,” tulisnya. Tidak berdiam diri, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin tampil membidas ciapan yang mengkritik kelakuan ibunya dalam video tersebut. “Kesian? Lol saya rasa lebih bertuah dapat ibu seperti mama. Seorang wanita yang hebat, kuat dan bijak. “Awaklah patut beringat yang gambar atau video tidak menggambarkan sifat dan cara dia sebagai seorang manusia. “OHHHH OR CUZ YOU JEALOUS SAYA ADA IBU SEPERTI MAMA?” balas Cik B. Anak kepada usahawan jutawan itu turut mempertahankan ibunya dengan menyatakan bahawa tidak adil untuk warganet menilai DSV hanya kerana video yang tular tersebut.

“Kekayaan dunia yang mereka cari menjadikan mereka terus m1skin. Moga Allah ampuni mereka.”Itu status hantaran seorang pengguna Facebook (FB) yang merujuk kepada aksi tepuk punggung membabitkan empat selebriti dan usahawan iaitu penyanyi Ifa Raziah, Datuk Seri Vida, Kak KM dan Cheta Pot Pet. Video dimuat naik Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli di Instagram (IFG) itu tular hingga mencetuskan kritikan dan amarah warganet. Di ruangan komen ada yang menyebut mereka bagai hilang maruah dan segala teguran sebelum ini seperti tidak diendahkan. Penyanyi juga artis versatil, Ifa Raziah berkata, perlakuan mereka itu sekadar aksi tepuk manja dalam kalangan kawan-kawan, lapor Harian Metro Online. “Itu namanya tepuk-tepuk manja dalam kalangan kawan-kawan yang lama tak jumpa. Tepuk amai-amai manja. Macamlah mereka (warganet) tak pernah bertepuk gurau senda dengan kawan mereka. Lagi pun semua kawan-kawan dan kami wanita.

“Lainlah kalau lelaki atau mana-mana jantan tepuk, itu lain cerita. “Bila Kak KM buat macam tu, kami tak ada apa nak marah pun. Kami positif saja, sebab kami berkawan dan tak pernah saling menjatuhkan. “Saya tahu Kak KM akan muat naik, tular dan mengundang cci mki serta marh,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Ifa, video yang dirakam selepas acara sidang media Minggu Usahawan Negara 2022 di Malaysian Grand Bazaar@Lalaport BBC yang bakal berlangsung pada 24-27 Jun itu, hanya hiburan. “Ini pun hiburan juga. Kalau tak, tak adalah hiburan. Warganet ni, cakap tak suka, siap mki hmun, tapi tengok juga. Mereka ‘follow’ juga nak tahu apa saya buat. Setiap hari jumlah yang menonton tu naik. “Apa yang elok saya cakap dan buat, tak nak pula tularkan. Yang ‘bdh’ macam ni pula ditularkan. Mereka pula yang tekanan tengok,” katanya.

Terdahulu, video dimuat naik Kak KM itu sudah mencecah lebih 271,000 tontonan dan lebih 400 komen. Menerusi video itu, Kak KM yang mengenakan baju kebaya menepuk punggung tiga rakan usahawannya itu. “Punggung siapa yang paling mencengkam sekali, kita tengok! Jadi siapa nak dapatkan punggung paling ‘aum’ sekali, korang kena datang,” katanya

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : MH

Be the first to comment on "Tular Video Ds Vida Sekali Ada Yang Suruh Cik B Hadiahkan Kain Kapann, Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Respon Padu Cik B"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*