Kecoh Pasal Shahir Nak Kahwin Tak Lama Lagi, Akhirnya Erra Fazira Tampil Luahkan Sesuatu

Pelakon Erra Fazira mendedahkan yang dia berasa gembira apabila mendapat tahu bahawa lelaki yang sering dikaitkan dengan dirinya sebelum ini, penyanyi Shahir Zawawi bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Erra berkata, dia melihat Shahir sudah pun bersedia untuk bergelar suami dan berharap agar perkahwinan itu nanti merupakan satu ikatan yang akan berkekalan sehingga ke jannah. “Alhamdulillah, gembira mendengar perkhabaran tersebut. Apabila mendapat tahu yang dia mahu berkahwin, saya terus hantar mesej dan mengucapkan tahniah. Dia pun tak sorok daripada saya. “Tambahan pula, saya rasa dia dah sangat bersedia untuk bergelar suami. Jadi, saya berharap agar perkahwinan tersebut bakal menjadi perkahwinan pertama dan terakhir buatnya, dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya kepada Gempak.

Ditanya adakah perkhabaran tersebut menutup segala spekulasinya dengan juara Akademi Fantasia 8 itu, Erra berkata, dia dah Shahir sudah lama tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama. “Sebenarnya, saya dan dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Orang sahaja yang asyik bertanya dan saya sudah terangkan hal yang sebenar sebelum ini. “Apa yang pasti, saya masih berkawan dan baik dengannya,” katanya lagi. Ditanya adakah Shahir ada berkongsi mengenai bakal suri hatinya bersama Erra, pelakon filem Maria Mariana itu berkata: “Saya tidak kenal siapakah wanita itu, tetapi dia ada berkongsi. Apa pun, saya gembira untuknya,” tutup Erra. Untuk rekod, Erra dan Shahir dikatakan pernah menjalinkan hubungan istimewa. Begitupun, hubungan mereka terputus di tengah jalan pada 2019.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: era

Be the first to comment on "Kecoh Pasal Shahir Nak Kahwin Tak Lama Lagi, Akhirnya Erra Fazira Tampil Luahkan Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*