“D4rjat Lagu Itu Lagi Tinggi Bila Dia Tiada” – Misha Akui Terkilan Tak Sempat Lancar Lagu Duet Bersama Adibah Noor

Penyanyi Misha Omar mengakui berasa terkilan kerana lagu duet yang pernah dirakam bersama arw4h Adibah Noor, Jiwa Sentuh Jiwa tidak sempat untuk diluncurkan selepas ia dirakam sekitar enam tahun lalu.

Misha berkata, dia tidak tahu apakah perancangan seterusnya memandangkan segala hak cipta bagi lagu hasil ciptaan Aubrey Suwito itu dipegang oleh arwah.

“Saya rakam lagu tersebut bersama arw4h sekitar 2016 dan klip videonya pula pada 2019, betul-betul sehari sebelum saya bersalin.

Dia ada bertanya pada saya, adakah saya okey jika lagu dan klip video berkenaan diluncurkan? “Jawapan saya kenapa tidak, kerana ia bakal menjadi kenang-kenangan yang indah buat kami berdua.

Bagaimanapun, selepas ketiadaan arw4h, saya sendiri tidak tahu apakah status lagu berkenaan. “Sudah tentu (terkilan)… Tapi, saya hanya menjadi bintang tamu sahaja bagi lagu berkenaan dan hak cipta bagi Jiwa Sentuh Jiwa ada pada arw4h.

Begitupun, saya rasa, darjat lagu itu menjadi lebih tinggi apabila dia telah tiada,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Terdahulu, mengikut perancangan, Adibah Noor ingin memuatkan lagu berkenaan dalam album baharunya, yang turut menampilkan beberapa lagu duet bersama artis popular seperti Anuar Zain.

Ditanya mengeni perasaannya apabila mendapat khabar tentang pemergian Adibah, Misha berkata: “Dia seperti seorang kakak yang baik.

Dia disayangi oleh semua orang. Kerana dia merupakan pendidik, jadi dia sentiasa lantang untuk menegakkan perkara-perkara yang baik.

“Dia merupakan one of kind – menyanyi, berlakon, mengacara – semua dia mampu lakukan. Jadi, perginya arw4h ke pangkuan Illahi merupakan satu kehilangan yang besar dalam industri seni,” katanya lagi.

Untuk rekod, Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles akib4t peny4kit k4nser ov4ri tahap empat, pada 18 Jun 2022.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : gempak

Be the first to comment on "“D4rjat Lagu Itu Lagi Tinggi Bila Dia Tiada” – Misha Akui Terkilan Tak Sempat Lancar Lagu Duet Bersama Adibah Noor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*