Percaya Sharnaaz Tak Bersalah Dan Ini Bukan Kerjanya, Noor Nabila Tampil Dedah Sesuatu

Nabila percaya Sharnaaz tak bersalah. Susulan kes pukul di sebuah kondominium, bekas isteri Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila percaya aktor itu tidak bersalah. Menurut Nabila, dia juga sudah tahu perkara sebenar yang terjadi namun tidak dapat membuka mulut kerana perkara tersebut membabitkan pihak polis dan peguam.

 

Sharnaaz menangis jumpa anak selepas tiga hari direman.

“Mula-mula saya terkejut juga bila tahu berita itu, tapi saya terus bertanya pada Sharnaaz. Saya tahu apa yang jadi dan cerita sebenar saya. Apa yang diberitakan banyak yang telah ditokok tambah. Sebagai bapa kepada Jayden, saya sokong dia dan tetap berada di belakang… saya berpihak pada dia. Saya bagitahu dia untuk terus pandang ke hadapan dan menyatakan saya sentiasa akan menyokong dia,” kata Nabila.

 

Nabila berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran koleksi tudung baharu Naelofar yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada Rabu. Selain itu, Nabila juga berkata, Sharnaaz seorang yang bertanggungjawab dan selama ini telah menjaga anak mereka, Jebat Jayden, dengan baik dan penuh kasih sayang.

 

“Sharnaaz bukan macam itu. Dia bertanggungjawab dan sayangkan anak. Selepas keluar reman, saya berada di Phuket sedang bercuti. Dia ada berjumpa dengan Jayden dan menghantar video kepada saya. Menitik air mata dia bila dapat jumpa Jayden selepas tiga hari,” ujarnya.

 

Apa yang diberitakan banyak yang telah ditokok tambah

 

Pada Sabtu, media melaporkan mengenai seorang pelakon iaitu Sharnaaz direman selama tiga hari oleh polis di kondominium di Segambut, Kuala Lumpur menjadi tanda tanya warganet. Sharnaaz dir.3man selama tiga hari sehingga Isnin selepas didkwa menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium. Untuk rekod, Sharnaaz mendirikan rumah tangga Nabila pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: era

 

Be the first to comment on "Percaya Sharnaaz Tak Bersalah Dan Ini Bukan Kerjanya, Noor Nabila Tampil Dedah Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*