Tampil Bersuara Isu Harga Ayam Dan Subsidi Minyak, Sekali Ramai Yang Tampil Komen Perkongsian Sjt

Usahawan selebriti, Nur Sjt melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila mendapat tahu bahawa harga ayam dijangka akan naik sementara subsidi minyak pula bakal dihapuskan di Malaysia. Sjt menerusi kemas kini Instagram berkata, sungguhpun tidak layak untuk memberi komen mengenai hal tersebut, namun, dia masih mempunyai keluarga, rakan-rakan dan pengikut di sini.

“Sedih mendengar bila ini terjadi pada mereka yang berada di Malaysia. Sjt sedar bukan Sjt layak untuk berkongsi hal-hal ini, mungkin ada yang akan cakap: ‘Sjt kenapa nak ambil peduli hal Malaysia, kau kan dah kat sana, jangan menyibuk‘. Mungkin ada betul yang komen seperti itu untuk Sjt, siapalah Sjt untuk berkata-kata, kerana Sjt pun dah kat Australia. Tetapi Sjt masih ada keluarga, sahabat, kawan-kawan, sedara-mara, dan follower-follower Sjt di sana. Setiap hari Sjt menerima DM message dari mereka di Malaysia yang mereka nak mengikuti Sjt! Sjt rasa tak perlulah Sjt cerita lebih lanjut. Mungkin kerana inilah mereka merayu pada Sjt nak berkerja atau mencari nafkah lebih jika di berikan peluang,” katanya.

Menerusi ruangan komen, terdapat seorang pengikut yang mengucapkan terima kasih kerana masih memberi perhatian kepada rakyat Malaysia sungguhpun dia kini sedang berada di luar negara. “Terima kasih kerana masih ingat kami di Malaysia… kenapa lah jadi macam ni ya Allah,” katanya. Dalam pada itu, seorang warganet turun menyatakan yang kos sara hidup di Australia juga kini semakin tinggi. Namun jawab Sjt: “Tetapi Australia bagi pertolongan pada rakyat, jika rakyat sini sakit, kena Cvd, kerajaan bagi AUS$750 (RM 2,286) setiap minggu,” katanya.

Terdahulu, menerusi laporan Astro Awani, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuh.kan bermula 1 Julai ini. Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee menjangkakan harga ayam mentah di pasaran akan mencecah sehingga RM11 sekilogram. Menurut beliau, senario itu dijangka berlaku susulan kerajaan tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu selain menarik balik pemberian subsidi RM1.40 yang diberi kepada penternak ayam dibawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Tampil Bersuara Isu Harga Ayam Dan Subsidi Minyak, Sekali Ramai Yang Tampil Komen Perkongsian Sjt"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*