“Kacak ada, tinggi, ada agama pulak…”- Nabil puji Syihan Hazmi di Meletop

Kemenangan yang diperoleh pasukan Harimau Malaya melawan Bangladesh baru-baru ini dengan 4-1 membuatkan seorang penjaga gol yang turut dikenali sebagai Syihan Hazmi antara yang viral hangat diperkatakan warganet di media sosial.

Persembahan cemerlang penjaga gol ini berjaya menarik perhatian ramai terutama peminat wanita sehinggakan info mengenainya juga dicari ramai.

Ini kerana wajah kacak Syihan Hazmi juga menjadi perbualan ramai di media sosial apabila dia juga dikatakan mempunyai iras dengan pelakon dari Thailand.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Han (@syihanhazmii)

Walau bagaimanapun, di rancangan popular Meletop pada malam tadi pula penjaga gol terkenal ini mendapat perhatian ribuan penonton selepas rakamannya yang hadir sebagai tetamu jemputan membuatkan ramai tertarik untuk menyaksikannya.

Menerusi minggu ini bagaimanapun pengacara tetap Meletop, Nabil Ahmad nampaknya digandingkan hebat dengan penyanyi dari Indonesia iaitu Bunda Hetty Koes Endang dan bersama-sama menemuramah penjaga gol tersebut.

Perkongsian di YouTube Meletop menunjukkan pula, Syihan Hazmi berkongsikan perasaan ketika kemenangan yang diraih bersama pasukan Harimau Malaya melawan Bangladesh baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nabil Ahmad juga dilihat memuji perwatakan Syihan Hazmi di Meletop apabila dia menjawab dengan begitu baik dari mula temuramah antara mereka dimulakan. Untuk info, rancangan Meletop dapat disaksikan setiap malam Selasa di Astro Ria.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber: HCL

Be the first to comment on "“Kacak ada, tinggi, ada agama pulak…”- Nabil puji Syihan Hazmi di Meletop"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*