Lapan minit terakhir mendengar suara isteri, Luahan Azri Naim bikin ramai sebak

Berat untuk melepaskan namun Mohamad Azri Naim terpaksa akur apabila isteri tercinta, Nur Atikah Ramli dijemput Ilahi walaupun hampir enam bulan mereka melayari bahtera rumah tangga.

Nur Atikah, 22, disahkan meningg4l dunia di H0spital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), di sini, jam 11.06 malam Jumaat lalu akibat j4ngkitan kvman pada p4ru-p4ru.

Jen4zah Allahyarhamah Nur Atikah selamat dikebvmikan di Tanah Perkvburan Kampung Melayu, di sini kira-kira jam 11 pagi semalam.

Selain keluarga, Mohamad Azri adalah insan yang paling sedih kerana tidak dapat berada di sisi Nur Atikah ketika isterinya itu menghembvskan nafas terakhir.

“Saya sempat berinteraksi dengan isteri menerusi panggilan video buat kali terakhir, itupun cuma lapan minit saja.

“Saya cuba mohon kebenaran masuk ke dalam w4d namun tidak dibenarkan kerana prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Dua minit kemudian (selepas panggilan video), doktor maklumkan isteri sudah meningg4l dunia. Saya sedih sangat ketika itu kerana berasa terlalu singkat masa terakhir yang sempat kami luangkan bersama,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menceritakan keadaan Nur Atikah, Mohamad Azri berkata, isterinya ada menunjukkan gejala sebelum jatuh s4akit iaitu b4tuk dan dia menyedarinya sebelum mereka berkahwin pada 26 Disember tahun lalu.

“Beberapa bulan selepas kami berkahwin, b4tuknya semakin teruk jadi saya bawa ke sebuah klinik di Johor Bahru, tidak jauh daripada rumah kami di Taman Mutiara Rini (Skudai, Johor Bahru).

“Mulanya doktor mengesyaki isteri ada asma jadi memberi ub4t dan seminggu kemudian, keadaannya baik cuma nadinya pula berdegup laju.

“Kira-kira sebulan kemudian, saya bawa isteri semula berjumpa doktor dan dia menunjukkan perkembangan positif namun batuknya semakin teruk seminggu kemudian.

“Ujian imbasan X-ray mendapati p4ru-p4ru isteri sudah krit1kal jadi doktor minta arw4h dirujuk ke h0spital dan ikutkan saya mahu membawanya ke H0spital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. “Bagaimanapun, isteri minta saya menghantarnya ke HEBHK kerana mahu dekat dengan keluarganya,” katanya.

Menurut Mohamad Azri berkata, doktor mengesyorkan Nur Atikah ke h0spital menaiki ambulans namun dia menghantarnya sendiri pada Rabu lalu bagi mengikut permintaan isterinya.

Sepanjang perjalanan, mereka sempat bergurau juga bergelak tawa namun Mohamad Azri tidak menyangka itu kali terakhir dia dan isterinya dapat menghabiskan masa bersama.

“Ini kerana setibanya di h0spital, doktor terus membawa isteri ke w4d jadi saya tidak sempat bersalam dan menciumnya.

“Bagaimanapun, arw4h isteri ada menghubungi saya menerusi panggilan video selepas masuk ke w4d bagi memberitahu keadaannya yang akan dipakaikan tiub, alat bantuan pernafasan dan lampin pakai buang sebelum ditidurkan tidak lama selepas itu.

“Wajahnya tersenyum saja ketika itu dan keesokan harinya, doktor maklumkan keadaannya krit1kal jadi minta saya tandatangan surat kebenaran bagi melakukan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) untuk memeriksa p4ru-p4ru.

“Hasil ujian mendapati p4ru-p4ru isteri sudah teruk serta ada dar4h beku yang menyebabkan pernafasan tersumbat manakala kum4n juga sudah merebak sehingga ke buah pinggang,” katanya.

Keesokan harinya (Jumaat), Mohamad Azri dimaklumkan doktor yang isterinya disyaki ada tibi naz4k.

“Berat untuk saya melawan perasaan sedih kerana sehingga kini, saya masih menangis setiap kali solat dan berdoa untuknya seperti rindu yang tiada penghujung.

“Mana tidaknya, arw4h pergi begitu pantas tetapi saya cuba reda dengan takdir Allah dan percaya dia berada di tempat baik kerana meninggal dunia hari Jumaat dengan wajah bersih.

“Sementara ada di sini (kampung arwah isteri), saya akan menziarahi pus4ranya setiap hari dan telefon arw4h akan saya simpan sebagai kenangan,” katanya yang berterima kasih kepada mereka mendoakan isterinya.

KOMEN NETIZEN :

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : HM

Be the first to comment on "Lapan minit terakhir mendengar suara isteri, Luahan Azri Naim bikin ramai sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*