Neelofa & Bilal Akan Tinggalkan Malaysia. Ikut Suami Sambung Belajar & Dalami Al-Quran di Mesir

Walaupun kini sudah bergelar ibu dan tampil memakai niqab, ia tidak menghalang Neelofa, isteri kepada pendakwah hebat Muhammad Hariz Ismail atau PU Riz untuk tampil di k4ca televisyen.

Terbaharu, dalam laporan yang ditulis Mstar, Neelofa ada menyuarakan hasratnya untuk berhijrah ke Mesir bagi mengikuti suami yang bercadang mahu melanjutkan pelajaran ke bumi arab itu.

“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar di sana.

“Dalam masa sama kami mahu dedahkan anak kepada persekitaran di sana dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” katanya.

Ibu kepada Muhammad Bilal ini meluahkan hasrat tersebut ketika menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara Nona di TV3 pada Ahad.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Neelofa yang juga merupakan beka$ pengacara rancangan tersebut dijemput menjadi tetamu sempena sambutan ulang tahun ke-38 stesen berkenaan.

Awalnya macam muka ayah dia, kemudian tiba-tiba macam muka saya pulaNEELOFAPENGACARA

Dalam rancangan tersebut, Neelofa turut memberi gambaran wajah anaknya yang selama ini tidak pernah didedhkan kepada peminat.

“Awalnya macam muka ayah dia, kemudian tiba-tiba macam muka saya pula,” ujarnya.

Sementara itu, Neelofa juga turut meluahkan hajat untuk mendalami al Quran dan berharap ia boleh menjadi kebaikan buatnya sebagai bekalan saham akhirat.

Neelofa bersama pengacara Amyra Rosli ketika menjadi tetamu program Nona.

Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al Quran.Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran,“tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya.”-katanya.“Kalau boleh mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” jelasnya.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan mereka menyambut kelahiran anak pertama pada 31 Januari lalu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Neelofa & Bilal Akan Tinggalkan Malaysia. Ikut Suami Sambung Belajar & Dalami Al-Quran di Mesir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*