“Saya bukan budak-budak nak berg4duh di…” – Siti Nurhaliza

Kuala Lumpur: “Ramai saja artis sebelum ini sudah keluar (di digital billboard), bila ‘time’ saya saja kenapa nak usik pula.”

Demikian kata penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila terdapat segelintir pihak yang mempersoalkan pemilihannya menghiasi papan digital tersohor New York Times Square di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Penampilan Siti itu bagi mewakili negara bersempena kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital dunia, Spotify.

Siti, 43, berkata, pihak terbabit sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada mereka yang berkenaan iaitu Spotify terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang komen.

 

“Kalau boleh minta dulu penjelasan daripada pihak berkaitan (Spotify) barulah boleh komen. Kadang-kadang tersalah komen itu yang jadi tak syok,” katanya

Terdahulu Siti ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Raya CTDK Holdings di Petaling Jaya, semalam.

Pertikaian itu juga menjadi bualan hangat pengguna Twitter hingga saling berbalas ciapan termasuk peminat Siti.

 

Malah, terdapat pihak yang mahu Siti menasihati peminatnya agar tidak bertindak dengan membuat ‘ser4ngan’ melulu di alam maya menerusi komen dan ciapan.

“Saya tak nak jadi budak-budak. Apa yang ditulis di Twitter bukan mewakili diri saya pun. Kadang-kadang bukan mewakili peminat saya pun. Orang saja anggap.

“Sepatutnya muzik menyatukan. Betullah, itu yang sebenarnya. Sebab muzik ini sangat universal dan istimewa. Bayangkan saya ke luar negara, mereka tak faham bahasa saya, tapi mereka boleh hargai. Itu sepatutnya kena saling menghargai. Itu juga saya cuba terapkan dalam setiap persembahan lagu-lagu saya,” katanya.

Siti juga menjadi warga Malaysia kelima untuk menghiasi papan iklan digital di Times Square selepas Yuna, Layla Sania, kumpulan Dolla dan Iman Troye.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: HM

Be the first to comment on "“Saya bukan budak-budak nak berg4duh di…” – Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*