Tular Pekerja Shell Tertidur Di Kaunter, Sekali Pak Cik Shell Jelaskan Perkara Sebenar Yang Berlaku

Sebelum ini tular satu rakaman video yang dirakam oleh pelanggan salah sebuah stesen minyak Shell cuba mengejutkan pekerjanya yang tertidur semasa bertugas ‘shift malam’ sekitar jam 3.50 pagi. Baru-baru ini Pak Cik Shell telah tampil membuat penjelasan menerusi satu hantaran Instagram. Beliau meminta maaf terlebih dahulu kerana pelanggannya terpaksa menunggu pada waktu itu.

 Shell Jelaskan Kenapa Pekerja Itu Tertidur

Menurut Pak Cik Shell, pekerja itu dipercayai keletihan selepas membantu ibunya meniaga di pasar pada awal pagi. Ekoran video yang tular itu, pekerja itu telah dihantar untuk buat pemeriksaan kesihatan dan majikannya telah memberikan cuti seketika untuk dia berehat. Perkongsian video itu telah menerima maklum balas positif dan pujian daripada warganet yang mana merasakan pekerja itu beruntung kerana mendapat majikan yang sangat bertanggungjawab dan memahami situasi sebenar pekerja.

Tambah warganet lagi mereka memuji pekerja itu kerana sanggup melakukan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarganya. Orang ramai juga mendoakan agar pekerja tersebut kembali pulih dan dapat terus berkhidmat dengan baik.

Komen Warganet

Warganet juga memesan agar orang ramai perlu ‘berfikir panjang’ terlebih dahulu sebelum menularkan satu-satu video ke media sosial. Bak kata Pak Cik Shell “Kami beroperasi oleh sekumpulan warga Malaysia yang kuat bekerja, untuk warga Malaysia yang lain. Itulah hakikat kehidupan yang kita tak nampak.”

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : The Vocket

Be the first to comment on "Tular Pekerja Shell Tertidur Di Kaunter, Sekali Pak Cik Shell Jelaskan Perkara Sebenar Yang Berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*