Warganet Menuduh Iqbal Terlibat Dalam Pemerdagangan Manusia, Sekali Ini Respon Berani Daripada Iqbal

Umum lagi kita ketahui dengan usahawan sensasi ini. Baru baru Iqbal tampil beri komen terhadap sikap warganet. Buat jahat kena kritik, buat baik pun sama juga, itulah yang terjadi kepada usahawan kontroversi bergelar penyanyi Iqbal Zulkefli setelah mengambil seorang anak angkat lelaki baru-baru ini. Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, meluahkan rasa sedihnya terhadap segelintir manusia yang menuduh dirinya bukan-bukan selepas mengambil anak angkat. Di Instagram peribadinya, Iqbal berkongsi sebuah komen dari seorang warganet yang menuduh dirinya melakukan pemerdagangan manusia.

Katanya warganet itu “Sekarang ni mudah sangat ambil anak angkat. Dah macam pemerdagangan manusia secara halal pula”- tulis komen dari Alang Gigih Tidak berdiam diri, Iqbal membalas komen tidak beradab yang dilemparkan dan dia akui sangat berkecil hati. Kata Iqbal “Jarang saya ambil hati tetapi kali saya berkecil hati baca komen ada yang mengatakan ini sebuah pemerdagangan manusia.”- tulis Iqbal di IG Storiesnya Dalam posting yang berbeza di IG Storiesnya, Iqbal menasihati warganet supaya berhenti mengeluarkan perkataan yang tidak baik kepada anak angkatnya.

Katanya lagi “Untuk warganet, katalah, h1nalah apa sahaja terhadap saya, saya tidak kisah. Tetapi jangan sesekali keluarkan perkataan tidak baik terhadap anak saya. Itu amat menyakitkan hati saya”- tulisnya lagi. Setakat ini, Iqbal belum lagi menceritakan proses pengambilan dan kisah di sebalik penyerahan bayi tersebut daripada ibu kandungnya. Namun menurut tinjauan kami di instagram peserta Big Stage ini, dia sering berkongsi momen manis bersama anak angkatnya itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : murai

Be the first to comment on "Warganet Menuduh Iqbal Terlibat Dalam Pemerdagangan Manusia, Sekali Ini Respon Berani Daripada Iqbal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*