“Terb4kar tilam…” (Video) Gurauan kasar main m3rcun kembar Aidil Zafuan, Zaquan Adha jadi bualan netizen

Setiap kali tibanya musim perayaan, pasti terdapat banyak momen yang dapat dikongsikan bersama orang tersayang kerana inilah masanya mereka boleh berkumpul beramai-ramai setelah masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri.

Buat peminat bola sepak tempatan, pasti anda mengenali pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha yang masih lagi aktif bermain sehingga ke hari ini

Ragam si kembar ‘kenakan’ adiknya

Ini termasuklah ragam pasangan kembar pemain bola sepak kebangsaan, baru-baru ini menerusi hantaran di laman Instagram milik Zaquan Adha, di mana kelihatan dirinya sedang tidur di dalam sebuah bilik, namun diganggu oleh abang kembarnya, Aidil Zafuan.

VIDEO :

Berdasarkan perkongsian video yang dimuat naik itu, Aidil sedang ‘mengenakan’ adiknya yang sedang enak diulit mimpi itu dengan meletakkan m3rcun telur naga di dalam sebuah periuk bersebelahan dengan Zaquan.

Terkejut dengar bunyi letvpan

Sebaik sahaja Aidil menyalakan m3rcun di dalam periuk tersebut, Zaquan terus terjaga daripada tidurnya kerana terkejut mendengar bunyi letupan.

Nasib baik tak terbak4r tilam

Walau bagaimanapun, Zaquan meluahkan kesyukuran kerana tilam tersebut tidak terb4kar angkara m3rcun yang diletakkan di dalam sebuah periuk tersebut. Namun begitu, difahamkan tilam tersebut hanyalah berlubang sahaja.

Gurauan pak arab ni…

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan gurauan yang dilakukan oleh Aidil tersebut kepada adiknya sangatlah kasar seperti lawak kasar Pak Arab.

R0h pun tak sempat nak masuk elok2

Tidak kurang juga, ada netizen sempat berseloroh dengan mengatakan r0h Zaquan belum sempat memasuki ke dalam badan atlet berusia 35 tahun itu.

Tak sangka Aidil lagi nakal

Selain itu, mereka tidak menyangka bahawa abang kepada Zaquan Adha iaitu Aidil Zafuan merupakan seorang pasangan kembar yang nakal berbanding adiknya itu.

Tak sabar nak tunggu Zakuan balas balik

Bukan itu sahaja, malah rata-rata di kalangan netizen tidak sabar hendak menunggu balasan daripada Zaquan atau sebenarnya Mohamad Zaquan Adha bin Abd. Radzak kepada abang kembarnya itu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Instagram @zaqone_08, ohmymedia

Be the first to comment on "“Terb4kar tilam…” (Video) Gurauan kasar main m3rcun kembar Aidil Zafuan, Zaquan Adha jadi bualan netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*