Malu Nak Salam Lepas Nikah, Sekali Ini Tindakan Ibu Sampai Naik Pelamin ‘Paksa’ Pengantin Lelaki

kita lihat momen pengantin perempuan yang malu untuk bersalaman dengan pengantin lelaki ketika upacara membatalkan air sembahyang dilakukan. Tetapi kali ini berbeza pula kisahnya apabila pengantin lelaki pula yang terlalu gugup dan malu untuk bersalaman dengan isteri yang baru dinikahinya.

Malu bersalaman dengan isteri

Momen tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu Kashfi Akif. Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan pasangan pengantin yang memakai busana berona putih duduk di atas pelamin untuk upacara membatalkan air sembahyang. Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah aksi pengantin lelaki tersebut yang kelihatan ‘tidak senang duduk’ dan seperti ‘kurang selesa’ sehingga dia terpaksa ditenangkan oleh si ibu.

Rupa-rupanya si pengantin lelaki menjadi seperti itu kerana terlalu malu dan gugup untuk bersalaman dengan si pengantin perempuan yang merangkap isterinya yang sah. Malah kelihatan si ibu cuba menenangkan dan memaksa pengantin lelaki untuk menyentuh tangan isterinya. Tidak terhenti di situ, dia juga terketar-ketar saat memakaikan gelang pada tangan isterinya.

Video

Aksi spontan lelaki tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya menyifatkan ianya adalah satu kemanisan dalam perhubungan. Bukan itu sahaja, mereka turut memuji si pengantin lelaki yang dikatakan menjaga ikhtilat sehingga malu bersentuhan dengan wanita yang baru dinikahinya.

Dalam kesempatan itu, rata-rata netizen turut mendoakan agar hubungan yang terbina berkekalan hingga ke jannah selain mereka hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Komen netizen

Terdahulu Ustazah ini telah tampil menegur trend tersebut

Menggeletar & Malu Disentuh Suami Lepas Akad Nikah, Ustazah Ini Beritahu Kenapa Harus Dihentikan

Sejak kebelakangan ini tular video di media sosial memaparkan pasangan pengantin yang tersipu malu apabila pertama kali bersentuhan selepas diijabkabulkan dengan pasangan mereka.

Melihatkan video tersebut, rata-rata netizen memuji pasangan pengantin berkenaan yang menjaga batas sebelum berkahwin sehingga kaku untuk bersentuhan dengan pasangan halal selepas nikah.

Trend tersebut turut mendapat perhatian, Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh yang memberikan pendapatnya di Facebook.

“Saya rasa, macam semakin trending pula video ‘pengantin malu-malu’ untuk sesi pembatalan air wuduk dan kemudian diviralkan dengan caption yang menunjukkan ‘betapa muslimah’ dan ‘betapa sucinya’ pengantin perempuan yang menjadi bukti dia tak pernah disentuh mana-mana lelaki sebelum ini.

“Lagi advanced aksi gelabah malu yang ditunjukkan, lagi tinggi darjat dan kesucian wanita itu di mata orang.

“Ada yang menggeletar waktu nak salam suami sambil tergelak-gelak meliuk lintuk badannya ke kiri dan ke kanan. Mula-mula tunjuk menggeletar, lepas tu main tarik-tarik tangan, cuit-sentuh sikit-tarik tangan macam kena renjatan elektrik, lepas tu gelak-gelak lagi,” tulisnya.

Kata Ustazah Sharifah lagi, acara sarung cincin sepatutnya berlangsung dalam masa singkat, namun dek kerana usikan nakal penonton sekaligus meletakkan pengantin dalam situasi memalukan.

“Sesi sarung cincin yang ringkas dan sepatutnya berlangsung selama 10 saat dengan ucapan alhamdulillah selepas selamat menyarung cincin ke jari masing-masing, akhirnya menjadi satu sesi nakal yang kadangkala diselang seli dengan usikan lucah dan memalukan dari penonton dan memakan masa lebih lama.

“Lantas meletakkan pengantin perempuan yang konon sedia malu itu dalam situasi memalukan yang jauh lebih panjang,” katanya.

Dalam pada itu, Ustazah Sharifah berkata wanita muslimah sebenar yang bersikap pemalu pastinya tidak akan membiarkan dia menjadi bahan usikan orang ramai.

Malah, Ustazah Sharifah turut menitipkan pesanan buat ibu bapa agar menasihati anak gadis mereka mengenai perkara itu kerana bimbang usikan tersebut menggores maruah wanita.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Facebook & mStar

Be the first to comment on "Malu Nak Salam Lepas Nikah, Sekali Ini Tindakan Ibu Sampai Naik Pelamin ‘Paksa’ Pengantin Lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*