Tak Masuk Malaikat Kalau Ada Air Ni, Sekali Alif Satar Tampil Dedah Sesuatu Tentang Air Tin Jenama HausBoom X Cheers

Baru baru ini tular di facebook di mana seorang wanita yang memarahi anaknya kerana disangka membawa masuk air minuman keras menjadi tumpuan orang ramai di media sosial. Kemudian Alif Satar jelas jenama minuman tersebut bukan air beralkohol dan diperakui halal Melihat di dalam tangkap layar mesej yang viral itu, wanita berkenaan meluahkan rasa terkejut melihat air tin jenama HausBoom X Cheers yang disangkakan air minuman keras berada dalam peti sejuk rumahnya. Ini kata ibu tersebut “Korang ni dah hilang akal ke bawa air macam ni masuk rumah? Tak masuk malaikat rumah ni! Siapa ajar bawa air macam ni masuk rumah ibu?” Wanita berkenaan menegur siapa diantara ahli keluarganya yang membawa masuk minuman tersebut menerusi pesanan mesej WhatsApp kumpulan keluarganya. Melihat mesej tersebut, anak wanita berkenaan segera jelaskan minuman tersebut halal untuk diminum. kemudian ini respon anaknya “Itu halal lah ibu, kak cik beli untuk adik tau. Bukan arak ya ampun”.

Alif Satar Tampil Beri Penjelasan HausBoom Halal

Gara-gara tangkap layar mesej tersebut tular di media sosial, pelakon dan usahawan, Alif Satar tampil beri penjelasan menerusi rakaman video ringkas di Instagram nya. Menurut Alif, minuman HausBoom bukan minuman beralkohol dan diperakui halal serta selamat untuk di minum. “Jangan risau makcik, kakak-kakak, tuan-tuan, puan-puan ini dia HausBoom X Cheers buatan tempatan. Jangan risau dia ada logo halal kat sini. The Boom beverage HausBoom Cheers jangan risau halal selamat untuk di minum” ujar Alif Menerusi kapsyen ringkas Alif, pelakon ini menegaskan minuman dari HausBoom dijamin halal dalam pada itu Alif juga berkongsi harga minuman tin HausBoom X Cheers terbaru itu dijual pada harga RM1.30 di pasaran.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: murai

Be the first to comment on "Tak Masuk Malaikat Kalau Ada Air Ni, Sekali Alif Satar Tampil Dedah Sesuatu Tentang Air Tin Jenama HausBoom X Cheers"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*