“Saya Bertanggung Jawab Untuk Mendidik Anda”- Shila Amzah Bagi Amaran Kepada Peminat

Satu ciapan di Twitter milik Juara Anugerah Juara Lagu (AJL36), Shila Amzah baru-baru ini mendapat perhatian netizen di media sosial.

Shilalas buat Provokasi?

via Twitter Shila Amzah

Menurut perkongsian di twitter, dikatakan Shilalas yang merupakan kelab peminat Shila Amzah telah mebuat provokasi dengan memburukkan nama Shila Amzah.

Perkongsian tersebut telah dibalas oleh Shila Amzah sendiri apabila dia meminta supaya peminat tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah tambah-tambah bulan Ramadhan yang hampir tiba.

Berhenti Membandingkan Sesama Wanita

via Twitter Shila Amzah

Bukan itu sahaja, Shila juga turut memberi pesan kepada peminat supaya untuk berhenti daripada membandingkan sesama wanita dan menjatuhkan satu sama lain.

Tambahnya, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri dan berpesan supaya sentiasa bercakap yang elok sahaja.

Bertanggungjawab Mendidik Peminat

via Twitter Shila Amzah

Tulisnya lagi, jika individu tersebut merupakan peminatnya,  dia bertanggungjawab untuk mendidik peminat tersebut supaya tidak melakukan atau mengatakan perkara yang tidak baik kepada orang lain.

Dia juga tidak membenarkan perkara seperti ini dalam kelab peminatnya. Shila juga berpesan, tidak ada guna merendahkan orang lain untuk membuat dirinya kelihatan baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: murai

Be the first to comment on "“Saya Bertanggung Jawab Untuk Mendidik Anda”- Shila Amzah Bagi Amaran Kepada Peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*