“Aku Mmg Ingat Bujang Senang ni Hafiz Suip..” – Akhirnya Topeng Bujang Senang Dibuka

Rancangan televisyen ‘Masked Singer’ musim kedua yang disertai barisan artis artis yang menyanyikan lagu lagu tugasan masing masing sentiasa mendapat perhatian daripada peminat. Rancangan ini juga dikendalikan oleh Datuk AC Mizal dan dibarisi oleh juri juri yang juga selebriti seperti Aznil Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Ella, Amy Mastura, Zizan Razak, Angah, Remy Ishak dan juga Ramona Zamzam.

Minggu sebelumnya, Reshmonu yang memakai maskot Periuk Kera tersingkir dan ramai tertunggu tunggu siapakah pula yang akan membuka topeng pada minggu kelapan iaitu pada hari Jumaat, 18 Mac 2022.

Setelah diadili oleh juri juri, maskot Bujang Senang menduduki tempat terakhir dan ternyata selebriti Sabhi Saddi disebalik topeng Bujang Senang. Merujuk pada ruangan komen, ramai peminat tidak menyangka Sabhi Saddi dan nama Hun Haqeem yang banyak disebut sebut.

Lihat klip durasi pendek pembukaan maskot Bujang Senang:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Bagi yang tidak mengenali Sabhi, beliau merupakan seorang penyanyi dan juga pelakon lelaki di Malaysia. Nama nya juga dikenali dengan panggilan ‘Boy’ daripada kumpulan Esdco yang pernah kolabrasi bersama Adam AF. Namun pada hari ini, beliau telah bergerak sebagai penyanyi solo dan banyak membintangi drama, telemovie.

Lagu lagu yang dibawa oleh Bujang Senang pada minggu pertama ialah Yank (Wali Band), Minggu kedua Amalina (Santesh), Minggu ketiga ialah Satu Peluang (Andi Bernadee), Minggu keempat ialah Peluang Kedua (Nabila Razali), Minggu kelima ialah Lemas (Ruffedge), minggu keenam ialah Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah), Minggu ketujuh ialah Mewangi (Akim) dan minggu kelapan ialah Bukan Cinta Biasa (Afghan).

Han Haqeem juga turut memberikan komen:

Lihat juga apa kata orang ramai:

Awl awal dah Teka sabhi sadhi… Sbb suara dye Mase lagu ape ek lupe plak mgu ke 3 ke ke 4 ke.. Memang same sungguh.

apa ni juri2 singkir yang reti nyanyi.. Dan mmg penyanyi hadoi… Saya ingat judika or chakra Khan tdi org nih.. Unik best suaranya

Clue dia ni yang paknil ckp psl dia mem adam Af2 tu baru saya teka si sabbhi saadi sbb dia pernah dtg menari sekali papepun nasib paknil dan zizan teka betul, yang lain2 teka ok ler kecuali hafiz suip tu suara tk kena lah dgn bujang senang serius

Sayangnya bujang senang terkeluar..suara sdp sgt .pttnya merak atau burung hantu kluar..tp xper lah..tggu nxt week plak

Benci lah bujang senang keluar hri ni fav sy tu, tgok masked singer sbb ade bujang senang je mls dah lyn lps nie

yg buatkn kuat ktakn dia sbb clue ‘boy’ tu.. mse tu dgn gaya hiphop. terang2 nme dia dlm group tu boy saidi. huhu

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: gempak

Be the first to comment on "“Aku Mmg Ingat Bujang Senang ni Hafiz Suip..” – Akhirnya Topeng Bujang Senang Dibuka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*