Pak Su Tulis Surat Terbuka Utk Kak Long, Sekali Netizen ‘B0ngkar’ Siapa Sifu Marketing KakLong

Sejak akhir-akhir ini, Kak Long 7E terus menjadi sebutan dalam kalangan warganet. K0nflik makin memuncak selepas tular sekeping foto apabila peniaga kosmetik itu dijemput oleh sebuah stesen TV lslamik sebagai tetamu jemputan dalam program mereka. Beriktu surat terbuka dari netizan kepada Kak Long

Surat terbuka untuk Kak Long 7E yang paksu puja.

“Pertama, tahniah kerana berjaya menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Berjaya buatkan satu negara gegak gempita. Kedua, syabas kerana marketing Kak Long boleh dianggap berjaya even dengan cara paling terendah dan paling hina (mungkin Kak Long tak kisah itu semua). Dan yang ketiga, minta maaf andai tulisan paksu harini akan menyinggung perasaan atau mengguris jiwa. Kisah pula paksu ya.

“Paksu straight to the point la na (mudahkan cerita). Tulis panjang-panjang pun Kak Long bukan nak baca.

Selaku Pengerusi Of Netizen Malaysia paksu nak tanya. Sebenarnya Kak Long nak apa dari kami semua??? Lepas satu, satu video Kak Long mengamuk, memaki dan menganjing orang-orang yang tidak berdosa bertebaran di alam maya. Tak habis dengan maki hamun cashier 7E, marah budak-budak KFC, malam tadi viral video Kak Long hina orang OKU pula!!! Kak Long ni mental ke apa??? Tak cukup lagi ke kasih sayang yang kami rakyat Malaysia bagi kat Kak Long seminggu dua ni haaaa???

“Sebetulnya kami langsung tidak terhibur dengan berita sampah macam ni (makin risau ada). Tapi lepas dibiar makin menjadi-jadi pula. Makin dilayan makin naik tocangnya. Paksu tak tahu nak tulis apa da ya.

“Sebetulnya tak ada perkataan yang baik untuk paksu describe dengan kata-kata. Memang perangai Kak Long ni luar dari waras akal manusia normal/biasa. Memang gila dia tahap tertinggi macam menara KLCC sana.

“Paksu mohon pihak berkenaan/pihak berkuasa lakukan sesuatu atau tolong hantar bantuan kaunseling untuk Kak Long tu ya. Paksu risau dia ada masalah jiwa. Orang normal kalau buat salah sekali, depa dah malu untuk buat kali kedua. Kalau buat salah lepas tu minta maaf lepas tu ulang balik kesalahan yang sama…..rasanya orang ni memang perlu bantuan pihak berkuasa. Siapa sokong paksu tunjukkan sokongan hampa.

“Pesan terakhir paksu buat Kak Long, sudah-sudahlah tu Long (mung dah cukup glamour dah ya). Stoplah dari buat content mengarut hanya untuk mencari nama. Jagalah maruah diri as a wanita, isteri, ibu, anak dan adik beradik kepada keluarga. Glamour di dunia ni takkan kekal lama. Biar miskin duit Long jangan miskin adab dan budi bahasa. Malu kat bangsa lain yang tengok perangai dan gelagat bangsa kita. Agama sendiri pun melarang dari membuka aib kepada semua. Sedih, malu semua bercampur rasa. Harap Kak Long baca surat paksu ni ya. “

Netlzen b0ngkar slfu ‘marketing’ KakLong

Tldak terhenti di situ, netlzen membongkar pula taktlk ‘marketing’ Kak Long selama ini sehingga dia tidak gentar walau dikcam hebat oleh banyak pihak di luar sana.

Menerusi hantaran @SaifulChan, rupanya wanita itu telah menyertai kelas ‘marketing’ yang dikendalikan oleh seorang sifu hebat di Facebook. “Kcaman tk jatuhkan orang”

Dalam ‘posting’ individu terbabit pada 11 Mac lalu, dia meluahkan rasa bangga dengan kejayaan Kak Long apabila berjaya mencapai jumlah keuntungan luar biasa selepas 3 hari insiden di 7E tular.

Dalam kejayaan yang diperoleh, pastinya ada segelintir pihak tidak berkenan dengan caranya menaikkan nama dengan melakukan perkara mengundang kepada kcaman sahaja.

Video persenda OKU tular. Terbaharu, video Kak Long 7E menjadi tular sekali lagi apabila dia didakwa memperlekehkan golongan OKU.

Dalam video tersebut, dia dilihat sakan menlru gaya jalan golongan itu sambil membuat mulut senget dan dengan selambanya ketawa seperti tiada perasaan.

Ini penjelasan Pihak pengurusan. Stesen televisyen TV AlHijrah tampil menjelaskan berhubung kehadiran ‘Kak Long 7E’ yang menjadi tetamu jemputan dalam sebuah rakaman program terbitannya, baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, TV AlHijrah berkata program tersebut adalah sebuah program bual bicara yang membincangkan pelbagai isu terkini yang tular di platform media sosial.

Kehadiran Kak Long 7E di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd. Dasuki sebagai panelis yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran…

“…serta pengajaran kepada Kak Long 7E agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga mengambil keputusan untuk menangguhkan siaran episod berkenaan selain mengucapkan terima kasih atas maklum balas yang diberikan oleh orang ramai.

“Terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan agar lebih bermanfaat,” ujarnya lagi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Trending

Be the first to comment on "Pak Su Tulis Surat Terbuka Utk Kak Long, Sekali Netizen ‘B0ngkar’ Siapa Sifu Marketing KakLong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*