Ini Yang Rakyat Nanti Nantikan, Kerajaan Benarkan Pengeluaran Khas Kwsp Berjumlah RM10k

Mengenai Pengeluaran KWSP RM10k, Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion membabitkan 7.34 juta pencarum sejak penularan wabak melanda negara dua tahun lalu. Berdasarkan dapatan kajian dan penyelidikan menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas wabak ini, terdapat dalam kalangan keluarga Malaysia yang masih terjejas dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan mereka.

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Oleh itu, hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000. Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP. Ini adalah keputusan yang susah kerana ia melibatkan simpanan hari tua orang ramai dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa depan. Walaupun Kerajaan telah memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, saya merayu kepada pencarum untuk mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: FB PM Ismail Sabri

Be the first to comment on "Ini Yang Rakyat Nanti Nantikan, Kerajaan Benarkan Pengeluaran Khas Kwsp Berjumlah RM10k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*