Impian Memiliki Van Jen4zah Sudah Tercapai, Atu Mahu Bina Masjid Pula

Pelawak Atu meluahkan rasa syukur selepas impian memiliki van untuk kerja-kerja pengurusan jen4zah menjadi kenyataan.

Atu ketika dihubungi Gempak berkata, bagaimanapun Van tersebut masih belum boleh dihantar ke Kudat, Sabah kerana perlu menjalani pengubahsuaian.

Katanya, dia mahu mengubah suai van tersebut supaya dilengkapi dengan tempat m4ndi jen4zah untuk tujuan pengurusan yang lebih sistematik.

“Kalau saya cakap ‘gembira’ orang kata klisye pula. Tetapi itulah perasaan saya ketika ini. Saya tidak menjangkakan impian akan menjadi nyata.

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi dan telah banyak membantu dalam urusan ini,” katanya.

Ditanya mengenai kos yang dikeluarkan untuk van jen4zah tersebut, Atu tidak berselindung dan memberitahu ia berharga sekitar RM121,000.

“Kos tersebut untuk van sahaja. Untuk ubah suai belum lagi, jadi saya tidak tahu berapa yang perlu ada. Insya-Allah saya akan usahakan dalam masa terdekat untuk menjayakan misi van jen4zah bagi fak1r miskin ini.

“Saya mahu van diubahsuai dan dilengkapi kemudahan memandikan jen4zah termasuk sistem paip yang baik. Saya pernah tengok van bapa mentua Ajak Shiro di Kluang, Johor.

“Lagipun saya rasa ia sangat sesuai selepas mengambil kira saiz rumah di perkampungan sekitar Kudat yang kecil selain surau dan masjid jauh dari kawasan penempatan.

“Saya harap van tersebut selepas dilengkapi pelbagai kemudahan dan peralatan dapat mengatasi masalah pengurusan jen4zah. Mana tahu,selepas ini kami boleh luaskan perkhidmatan di luar daerah Kudat,” katanya.

Tambah Atu dia juga mahu meluaskan perkhidmatan misi van jen4zah untuk fakir miskin sehingga ke Sarawak.

Selain itu, dia turut memasang impian untuk membina masjid di Kudat.

“Semoga impian saya menjadi kenyataan. Biarlah harta saya tidak banyak di dunia tetapi adalah sedikit bekalan yang boleh saya bawa ke akhirat nanti,” katanya positif.

Dalam perkembangan lain, Atu kini sedang sibuk di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 bersama kumpulan Boro, bergandingan dengan Fad dan Achey.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @MOTIFVIRAL

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak @MOTIFVIRAL tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @MOTIFVIRAL juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber:

Be the first to comment on "Impian Memiliki Van Jen4zah Sudah Tercapai, Atu Mahu Bina Masjid Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*