“Mereka cuba memad4mnya tetapi gagaI” – Rumah Trbkar, Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

 

SIK: Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah diduduki mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Betong, Mukim Jeneri dekat sini, semalam.

Mangsa, Abd. Mutalib Manaf, 42, berkata, dia tiada di rumah kerana bekerja berhampiran kampung ketika kejadian pada pukvl 4.35 petang.

“Semasa kejadian hanya ada isteri, Anisah Osman, 35, dan empat anak berusia dari tiga tahun hingga 15 tahun serta abang saya, Solahuddin, 43, di rumah.

“Pada masa itu, mereka menonton televisyen sebelum anak kedua, Nor Balqis Khairulnisa, 12, tercium bau hangit dan asap,” katanya di sini hari ini.

Katanya, anaknya itu kemudian membuka pintu tengah berhampiran bilik abangnya dan ternampak dinding rumah terbakar sehingga bahagian atas.

“Mereka cuba memadamnya tetapi gagal lalu meminta pertolongan jiran sebelum orang kampung menghubungi bomba,” ujarnya. 

Ujarnya, dia reda dengan kejadian itu dan bersyukur kerana isteri, anak-anak serta abang terselamat dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, Pengarah Bomba Sukarela Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM), Mahadzir Abdul Hamid berkata, setelah menerima panggilan, anggotanya tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian.

“Operasi memadam kebakaran menghadapi kesukaran apabila ketiadaan sumber bekalan air Syarikat Air Darul Aman (SADA) di samping berlaku kerosakan pada pili bomba di lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya setengah jam kemudian yang mana punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: utusan online

Be the first to comment on "“Mereka cuba memad4mnya tetapi gagaI” – Rumah Trbkar, Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*