Hafiz Mahamad Nak Sponsor Tiket Bas Untuk Mereka Yang Tak Mampu Nak Balik Kampung

 

Sejak kerajaan memberikan kelonggaran merentas negeri Isnin lalu, ramai yang dilihat mengambil peluang tersebut untuk pulang ke kampung bagi menjenguk ibu bapa tercinta dan sanak saudara.

Tentulah, sudah hampir setahun ‘terkurung’ di negeri masing-masing, tanpa boleh ke mana-mana, kelonggaran yang diberikan ini dilihat mampu menjadi ubat rindu bagi mereka yang telah lama tidak bersua muka.

Namun tidak semua bernasib baik dan mempunyai simpanan yang mencukupi untuk pulang bertemu insan tersayang. Hal ini dikongsikan sendiri oleh pempengaruh dan pengasas produk popular, Hafiz Mahamad.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Menerusi kemas kini di Instagram, Hafiz menjelaskan ramai pengikut menghantar pesanan peribadi (DM) kepadanya memberitahu yang mereka tidak mampu untuk pulang ke kampung atas alasan kurang kemampuan.

“Ada sahabat DM: ‘Tak boleh balik kampung lagi, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari itu duit dah susut banyak sebab hilang kerja. Sekarang baru nak menapak dan hidup balik’. Ya Allah, ada yang sedih lagi: ‘Saya balik kampung nak tengok dan bersihkan pusara ayah mak’.

“Saya pun macam awak, tak balik kampung sebab kena jalankan tanggungjawab cari rezeki di negeri orang,” tulisnya.

Rentetan daripada DM yang diterimanya itu, Hafiz tergerak hati untuk membantu mereka yang memerlukan dengan menyewa 2 hingga 3 buah bas untuk kegunaan pulang ke kampung halaman.

“Siapa sahabat yang tak mampu nak balik kampung, saya nak tanggung tiket dalam 2 hingga 3 bas. Nak tak? Insya-Allah, saya ada rezeki sikit boleh kongsi dengan awak.

“Habis kerja dekat sini, saya uruskan 2,3 bas untuk sahabat. Apa syarikat bas yang okay untuk saya hubungi? Mana-mana syarikat bas boleh email saya tau,” tulis Hafiz sambil berkongsi alamat e-mel miliknya.

Hafiz dan isterinya Syafiqah Aina cukup terkenal dengan sifat pemurah. Pasangan tersebut pernah beberapa kami memberi sedekah kepada yang memerlukan, baik sebelum mahupun selepas negara dilanda COVID-19.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: gempak

Be the first to comment on "Hafiz Mahamad Nak Sponsor Tiket Bas Untuk Mereka Yang Tak Mampu Nak Balik Kampung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*