Tak Lekang Zikir Dan Doa Di Hujung Hayat, Pemergian Arwh Ayah Ustazah Norhafizah Dicembvrui!

 

Meskipun sudah lebih dua minggu ayahanda tersayang Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa kembali ke rahmatullah namun peribadi mulia yang ditunjukkan Allahyrham Tuan Guru Ustaz Haji Musa Salleh cukup meninggalkan kesan.

Apatah lagi, anak allahyrham yang juga penceramah terkenal Ustazah Datuk Norhafizah terbuka berkongsi sisi terpuji ayahhndanya di media sosial dengan harapan ia dapat dijadikan teladan dan menjadi jariah buat arwah.

Allahyarham yang merupakan pendidik agama berusia 85 tahun meninggal dunia pada 20 September lalu pukvl 12.05 tengah malam hari Isnin. Dalam perkongsian Ustazah Datuk Norhafizah, arwah ialah seorang bapa yang penyayang.

“Laki-laki budiman yang tak pernah menyakiti hatiku, tidak juga pernah mencubit, merotan, memukulku semasa kecil, sepanjang hayatku. Laki-laki budiman yang setiap waktu mengalir darinya kasih yang mendalam terhadap anak-anaknya. (biiznillah wa birahmat!llah)

Laki-laki budiman yang menghargai dan menghormat! insan-insan yang dikasihi oleh anak-anaknya. Ketika bertemu dengan sahabat ustazah, Kak Rohaya yang sentiasa temani ustazah ke kuliah, abah tanggalkan kain serban di kepalanya untuk jadi alas lapik tangan bersalaman sebentar dengan Kak Rohaya.

Kata Kak Aya, luruh jantungnya tengok akhlak abah ni. Abah ucap terima kasih kerana sudi jadi sahabat anaknya.

Allahyarham Tuan Guru Haji Musa Salleh

Arwah bersama anak lelaki Ustazah Norhafizah

Laki-laki budiman ini kerap tersenyum kecil melihat anak perempuannya ini kehilangan sabar dengan kehidupan, diusap dan ditepuk dengan lembut dia katakan, “Bukan yang ini ko penceramah yang suruh orang sabar tu,” sambil dia tersenyum. Ya Rabb…

Laki-laki budiman ini amat suka menyentuh dan menggenggam tangan anak-anaknya hingga ke hari terakhir kehidupannya. Beliau suakan tangannya untuk isteri dan anak-anak, menantu dan cucu-cicitnya agar dia dapat menggenggam lagi tangan-tangan kami.

Antara pesanannya yang sangat ustazah ingat, “Abah bilo tengok kakcik di televisyen, hati abah berdobar-dobar. Anak aku ni menyampaikan dengan ilmu yang mantap ko tidak.. ko sajo nak bercakap yo.

Abah berdoa, kakcik jadi orang berilmu, menunduk tak meninggi. Buku mesti baco.. telaah kitab tu wajib untuk kito yang menyampaikan. Ilmu tak amal macam pokok koring, elok eh di tobang yo, tak berguno.” Dan terlalu banyak nasihat selama 46 tahun kehidupan dengan laki-laki budiman ini.

Semoga Allah menjadikan seluruh anak cucu dan keturunan beliau sebagai jariah yang besar kerana beliau adalah pendidik yang mendidik keluarga dan masyarakat dengan ilmu dan akhlaknya.”

Malah Ustazah Datuk Norhafizah turut memuat naik video yang memaparkan arwah ayahnya tidak putus-putus berzikir dan berdoa meraih husnul khatimah dalam keadaan dirinya sudah terbaring uzur. MasyaAllah, ingatan arwah terhadap Yang Maha Esa sentiasa ‘terang’ walau hingga ke akhir hayat.

“Kemat!an yang menjadi titian untuk sang Hamba bertemu penciptaNya. Kesabaran melalui kehidupan 85 tahun dengan 15 tahun terakhir yang diuji dengan sak!t yang kerap dan berpanjangan.

Lebih kurang 40 tahun mendambakan diri untuk pendidikan dan d4kwah di seluruh Negeri Sembilan. Kerjaya sebagai guru agama, guru Al-Quran dan guru Bahasa Arab mendarah daging dalam dirinya.

Malam itu, abah meninggal dunia di rumah anak kedua di Seremban dan jam 3 pagi dibawa balik ke teratak “baiti jannati” beliau di Kg Kuala Jempol. Diiringi 5 anak, 6 menantu, 35 cucu dan 14 cicit, almarhum dibawa ke Jempol.

Urusan almarhum disantuni para anak cucu, mengusung jenazah, memandikan, imam solat jenazah, mengangkat ke lahad untuk dikebumikan dan sebagainya. Berbelas-belas anak cucu lelaki dewasa bersama-sama dalam ruang mandi jenazah, ingin turut serta menyirami atuk mereka buat kali terakhir.”

Hasil didikan agama yang baik kepada anak-anak, pemergian arwah turut ‘diiringi’ dengan bacaan Al-Quran bukan hanya daripada anak sendiri tetapi juga dari cucu-cucu tersayang. Bertuah Allahyarham Tuan Guru Ustaz Haji Musa.

“Jam 4 pagi, 30 anak cucu menyempurnakan bacaan 30 juzuk untuk abah/atuk tercinta. Air mata anak cucu sentiasa bergenang dan tangisan berderai ketika satu-satunya anak lelaki almarhum membacakan doa usai solat jenazah untuk almarhum.

Allahu Akbar! Almarhum dalam hidupnya telah menakluk hati kami semua dengan akhlaknya (biiznillah). Akhlaknya ketika susah dan senang, sihat dan sak!t adalah sama.. amat mulia.

Alhamdulillah dalam keuzuran yang amat sangat dengan berat hanya sekitar 30-35 kg lebih sahaja, almarhum mendidik anak cucu sepanjang sak!t terlantar dengan contoh kesabaran, husnuz zon dengan Allah, zikrullah selalu dan banyak berselawat kepada Rasulullah SAW.

Sesungguhnya kami (anak cucu) semua menjadi saksi bahawa Ustaz Tuan Haji Musa bin Salleh adalah seorang ayah, suami, datuk yg terbaik kepada ahli keluarganya, selalu mendoakan ummah, memanfaatkan masa sihatnya untuk d4kwah dan mendidik masyarakat.”

Moga pemergian ayahanda tersayang Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa ini menjadi iktibar buat kita semua untuk berlumba-lumba ke arah kebaikan dan berd4kwah di jalan Allah SWT. mat! itu pasti dan semoga kita dapat bersama-sama peroleh husnul khatimah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: nona

Be the first to comment on "Tak Lekang Zikir Dan Doa Di Hujung Hayat, Pemergian Arwh Ayah Ustazah Norhafizah Dicembvrui!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*