“Hambik Kau!” Buang S4mpah Dari Tingkat Atas, Makcik Ini ‘Sembur’ Penghuni Flat

 

Sering kali kita mendengar mengenai sikap buruk penghuni rumah flat atau apartment yang terlalu malas untuk turun ke bawah membuang sampah sehingga tergamak membaling bahan buangan milik mereka dari tingkat atas.

Malah, ada laporan yang memaklumkan bahawa terdapat orang awam yang tercedera akibat terkena balingan sampah yang dibuang penghuni tidak bertanggungjawab.

@putrasyah69

##makcikpetir dah mengamuk balik barang

♬ original sound – PutRa Syah

Terbaru, tular di media sosial apabila sebuah video yang memaparkan seorang mak cik yang terlalu berang dan bengang kerana melihat sikap penghuni flat mencampakkan sampah dari tingkat atas.

Difahamkan, mak cik tersebut sedang makan di bahagian bawah flat tersebut dan memarahi tindakan pelaku tersebut. Yang lebih menyebalkan adalah apabila individu tersebut masih membuang sampah ke bawah meskipun ditegur warga emas tersebut.

@putrasyah69

##makcikpetir ##fyp makcik petir bila dah mengamuk..anis satu flat dengar suara dia..haha🤭..jangan buang merata2..

♬ original sound – PutRa Syah

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa geram apabila melihatkan video tersebut dan turut memahami perasaan yang dialami mak cik itu.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman sama apabila ada jiran kawasan perumahan mereka turut berkelakuan sama seperti yang dialami mak cik tersebut.

“Sekali makcik petir mengamuk hambik kau!” tulis seorang netizen.

“Senasib macam mak saya. Bertekak selalu dengan orang flat atas rumah ni..buang sampah ikut suka..” sahur seorang pengguna media sosial.

Masih ada lagi kan orang yang berperangai macam ni? Harap berubahlah ya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: beautifulnara

Be the first to comment on "“Hambik Kau!” Buang S4mpah Dari Tingkat Atas, Makcik Ini ‘Sembur’ Penghuni Flat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*