Shuib Umum Outlet Baru Bubblebee Dan Tanya Siapa Pemiliknya, Sekali Naim Daniel Komen, Habis K4ntoi

 

Tahun lalu, Bubble Bee Sdn Bhd pernah mengumumkan untuk menyasarkan pembukaan lebih 100 cawangan baharu.

Pengasasnya, Shahmira Muhamad atau lebih dikenali Shuib berkata, pihaknya berhasrat mempunyai lebih banyak cawangan untuk tahun ini berikutan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

Kebarangkalian untuk melihat target itu tercapai apabila seorang demi seorang rakan artis yang rapat dengan Shuib membuka outlet Bubblebee.

Antaranya Sharnaaz Ahmad (Danau Kota Setapak), Nabil Ahmad (Seremban 2) dan Hairul Azreen (Putrajaya).

Terbaru, Shuib mengumukan di Instagram beliau bahawa outlet baru akan dibuka di Semenyih, Selangor.

” Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar, Syukur ya Allah,Outlet Bubblebee yang terbaru di Eco Majestic Semenyih. InsyaAllah hujung bulan Oktober ni kita start beroperasi…

” Persoalannya,,outlet ni SIAPA YG PUNYA??? CUBA KORANG TEKA..” tulis Shuib.

Sambil itu Shuib turut membayangkan outlet tersebut bakal dimiliki oleh seorang artis.

Berdasarkan reaksi warganet rata-rata tidak dapat meneka siapa pemilik outlet Bubblebee tersebut dan masing-masing bertanyakan sesama sendiri.

Bagaimanapun, respon seorang penyanyi ini seakan mem’kantoikan’ pemiliknya.

Penyanyi popular, Naim Daniel tampil di ruangan komen seakan memberi bayangan kepada peminat bahawa beliau adalah pemilik kepada outlet baru Bubblebee di Semenyih itu.

” Kura-kura dalam perahu….PURA-PURA TAK TAHU!” tulis Naim Daniel.

Meskipun hanya ringkas komen diberikan, namun peminat lantas dapat menghidu outlet yang dimaksudkan Shuib itu adalah milik Naim Daniel.

Ini kerana peminat sudah mengetahui penyanyi itu baru sahaja membeli rumah di Semenyih dan tinggal bersama keluarga di sana.

” KURA KURA NAIK PERAHU….. SAJE JE BUAT BUAT TAK TAHU…” balas Shuib pula disusuli emoji ketawa dan seakan memberi ‘hint’ kepada peminat.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Umum juga mengetahui Shuib mempunyai hubungan yang rapat dengan Naim Daniel.

” Ini mesti kamu punyakan Naim. Sebab kat semenyih..” tulis seorang warganet.

Sementara itu, memetik laporan media baru-baru ini, Naim Daniel telah memberitahu orang ramai bahawa dirinya sudah pun membeli sebuah rumah di Semenyih, Selangor.

Rumah yang dibeli oleh hasil titik peluh Naim sendiri dalam bidang seni ini, membuat dirinya berasa teruja dan tidak sabar untuk menghiasi rumah itu dan tema minimalis menjadi pilihan hati pelakon tersebut.

” Saya beli rumah showroom jadi semua perabot dah ada, cuma saya kena top up dengan barangan keperluan rumah seperti pinggan mangkuk dan hanya perlu bawak masuk baju sahaja.

” Memang dari dulu lagi suka konsep minimalis… tak suka rumah banyak sangat barang.

” Baru minggu lepas, ada satu berita gembira. Rumah yang saya beli di Semenyih, Selangor, sudah boleh masuk. Ada yang usik, saya ini dah ada semuanya tapi calon isteri sahaja belum ada lagi,”katanya kepada Utusan.

Komen Netizen:

Penyanyi lagu Sumpah itu membuat pembelian rumah tersebut pada awal tahun dan rata-rata ramainya yang kagum dengan pencapaian yang telah dikecapi olehnya ketika berumur 23 tahun.

Menurut Naim, menyedari ramai juga kalangan pasangan memilih untuk berkahwin di usia muda, dia bagaimanapun tidak merasa terburu-buru untuk tujuan yang sama.

” Saya tak pernah marah atau sentap kalau orang tanya bila nak kahwin?

” Saya sendiri pun tertanya dengan diri sendiri, bila ya aku nak kahwin? Macam mana nak ke arah itu, kalau asyik sibuk dengan kerja saja.” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Ig shuibsepahtu

 

Be the first to comment on "Shuib Umum Outlet Baru Bubblebee Dan Tanya Siapa Pemiliknya, Sekali Naim Daniel Komen, Habis K4ntoi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*