Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie Bertunang, Rancang Kahwin Tahun Depan – “Alhamdulillah… Rasa Lega dan Happy”

 

SELEPAS dua tahun menyulam cinta, hubungan pasangan penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie Shamsulbahri kini memasuki fasa baharu apabila mereka mengikat tali pertunangan pada Khamis malam.

Lebih istimewa apabila Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 24, memilih tarikh 30 September sebagai hari bersejarah mereka iaitu sempena ulang tahun kelahiran Sheryl yang ke-24.

“Alhamdulillah saya rasa lega dan happy. Sebenarnya kami dah rancang awal nak tunang pada bulan Mei, tapi tertangguh sebab PKP.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azzam Sham (@azzam_sham)

“Kami kenal each other pun dah lama dan Alhamdulillah hubungan direstui keluarga. Kami harap sampai ke jenjang pelamin.

“Sebenarnya ayah yang pilih nak buat majlis tunang sama dengan tarikh lahir Sheryl,” katanya kepada mStar.

Majlis dilangsungkan dengan mematuhi SOP yang ketat.

Pasangan itu segak mengenakan pakaian sedondon berwarna turquoise.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga Azzam dan Sheryl dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Ujar Azzam, majlis pertunangan itu dilangsungkan di rumah keluarga Sheryl di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.

Apa yang saya boleh cakap kalau ada rezeki InsyaAllah kami rancang akan berkahwin pada tahun hadapan.

AZZAM SHAM

PENYANYI

“Majlis berlangsung malam tadi selepas Isyak. Kami buat malam sebab nak memudahkan urusan kerana keluarga semua tak perlu ambil cuti.

“Mereka yang datang hanya keluarga terdekat sahaja iaitu keluarga Azzam ada lapan orang dan pihak Sheryl 10 orang.

“Kebetulan rumah Sheryl di Taman Medan tak jauh dari rumah datuk saya,” katanya.

Majlis pertunangan dilangsungkan di rumah keluarga Sheryl.

Tambah Azzam, mereka merancang untuk melangsungkan pernikahan pada tahun depan.

“Apa yang saya boleh cakap kalau ada rezeki InsyaAllah kami rancang akan berkahwin pada tahun hadapan.

“Kalau ada apa-apa perubahan kami akan maklumkan awal,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: mstar

Be the first to comment on "Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie Bertunang, Rancang Kahwin Tahun Depan – “Alhamdulillah… Rasa Lega dan Happy”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*