“Kita Tak Akn Jumpa Ibu..” – Shuib Britahu Anak Anak Psl..

Sebelum ini, Shuib menyatakan ketiga orang anaknya di rumah masih belum mengetahui yang ibunya sudah meninggal dunia.

Terbaru, Shuib memuat naik sebuah video di Youtube mengenai reaksi anak-anaknya sebaik sahaja mengetahui ibu mereka sudah men!nggal dunia.

Yang paling kecil tu rapat dengan Sarah
Menurut Shuib, ketika arwah meninggal dunia, anak-anak masih tidur. Jadi, dia tidak mengejvtkan mereka. Sebaik tiba di rumah selepas urusan pengebumian, Shuib cuba untuk cekalkan hati dan tidak bercakap mengenai perkara tersebut terlebih dulu.

Ketika masuk ke dalam rumah, saya seboleh mungkin cuba mengelak untuk bertemu anak-anak tapi tak sempat kerana puteri kedua saya iaitu Talita terus bertanya adakah saya sudah menerima gambar adik bongsunya, Ayash Affan. Kemudian saya beritahu saya perlu mandi terlebih dulu kerana ada urusan di luar sebentar tadi.

Kemudian ketika mahu ambil air sembahyang, ibu mentua saya hubungi dan meminta saya terangkan perkara ini kerana anak-anak boleh tahu berita ini menerusi YouTube. Jadi ini adalah dugaan paling berat perlu saya lakukan. Saya cekalkan hati dan turun panggil anak-anak. Kebetulan ketika membuka TV, tajuk beritanya adalah Siti Sarah sudah tiada. Jadi, terus anak-anak bertanya sama ada betul atau tidak berita ini.

Shuib turut memberitahu bahawa dia mandi agak lama kerana cuba mencari jalan bagaimana untuk beritahu anak-anak supaya mereka boleh menerima ketentuan ini. Enggan membiarkan anak-anaknya terus berteka-teki, Shuib berterus terang dan menjelaskan perkara sebenar yang ibu mereka sudah tiada.

Ibu tak akan balik rumah dah. Video yang dipetik daripada Story IG Shuib:

Saya beritahu kepada mereka kalau sebelum ini kita buat solat hajat untuk mohon supaya ibu balik, tapi sekarang ini ibu tidak akan balik rumah lagi. Ketika itu semua diam. Ada yang faham, ada yang tidak faham. Saya cuba terangkan satu persatu kepada mereka. Saya beritahu kita berdoa dengan Allah supaya ibu balik, tapi ibu bukan milik kita sebaliknya ibu milik Allah. Jadi Allah tak boleh pulangkan kepada kita sebab Allah terlalu sayangkan dia, mungkin dia terlalu baik. Jadi Allah nak ambil dia dan kita tidak akan jumpa dia lagi.

Waktu itu anak-anak semua menangis teresak-esak, tapi lama-lama mereka faham. Jadi saya beritahu kepada mereka yang ibu pesan mahu anak-anaknya jadi anak yang soleh dan solehah. Ibu juga beritahu harta yang dia miliki adalah anak-anaknya. Ibu mahu anak-anak turut pandai mengaji dan tidak tinggal solat.

Ketika berdoa pula, saya meminta pertolongan Allah untuk bimbing saya dan anak-anak menjadi seperti Siti Sarah. Dia nak sangat anak-anak dia menjadi anak yang tidak kedekut dan sentiasa berbuat baik sesama manusia. Dalam doa itu semua anak-anak saya menangis. Allahuakbar, insya-Allah mereka faham.

Shuib turut meluahkan rasa syukur kerana ketiga-tiga anaknya faham dengan apa yang disampaikan. Shuib turut mengajak anak-anaknya mengerjakan solat Asar bersama, cuma bezanya kali ini tiada lagi solat hajat. Shuib memaklumkan kepada umum bahawa dia akan memuat naik video penuh mengenai reaksi anak-anakya di akaun Youtube kelak.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Shuib

Be the first to comment on "“Kita Tak Akn Jumpa Ibu..” – Shuib Britahu Anak Anak Psl.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*