“Sump4h Tak…” – Rebecca Nur Al Islam Jalani Ujian S4ringan COV1D-19

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menjalani ujian saringan COV1ID-19 selepas pulang dari Sabah.

Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Rebecca atau lebih mesra disapa Becca berkongsi beberapa foto ketika mengambil ujian saringan tersebut.

Menurut Becca, tindakan itu dilakukan sebagai tanda seorang rakyat yang bertanggungjawab selain untuk memastikan keselamatan keluarganya.

“Baru tiba di KLIA dari KK, Sabah. Alhamdulillah. Mummy Becca telah menunaikan tanggungjawab mummy sebagai seorang RAKYAT dan IBU yang mempunyai ramai anak-anak kecil dirumah.

“Alhamdulillah swab test telah dilakukan di airport. Insya-Allah dalam masa tiga hari dapat keputusan.

“Dan sekarang adalah masanya untuk kuar4ntin. Sabar ya anak-anak mummy sayang, mummy kuar4ntin dulu. See you guys soon. Insya-Allah my darling kids,” tulisnya.

Dalam pada itu, Becca juga berkongsi pengalaman melakukan ujian saringan berkenaan.

Sw4b test dihidung dan tekak telah dilakukan. S4kit? Sumpah tak s4kit langsung. Alhamdulillah… Terima kasih petugas barisan hadapan.

“P/s- Mummy sudah, you all bila lagi? Walaupun anda tak pergi ke tempat ber1siko tetapi swab test adakalanya perlu buat supaya kita rasa selamat untuk bersama keluarga dan insan tercinta,” tulisnya.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mewajibkan individu yang baru tiba dari Sabah bagi menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah serta dipakai gelang kuar4ntin sehingga 10 Oktober depan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "“Sump4h Tak…” – Rebecca Nur Al Islam Jalani Ujian S4ringan COV1D-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*