“Kenapalah dibuat ayah sendiri macam tu?” – Anak & Boyfriend Durj@na Jual Kerusi Roda Elektrik Bapa 0KU, Nasib Baiklah Uncle Kentang Tolong!

Admin pun tak fahamlah kenapa wujud anak yang berperangai macam ini.

Menerusi perkongsian aktivis sosial, Kuan Chee Heng yang terkenal dengan panggilan Uncle Kentang di Facebook, baru-baru ini, kerusi elektronik milik seorang lelaki 0KU bernama Daud telah dicuri menyebabkan pakcik ini tidak dapat bergerak ke mana-mana.

Lebih menyedihkan, pencuri tersebut merupakan anak perempuannya sendiri dan teman lelaki gadis tersebut. Aduhai anak jenis apa ni?? 

Kerusi roda elektronik dijual dengan harga RM1,500?? 

Selepas membuat siasatan, Uncle Kentang mendapat tahu yang kerusi roda elektronik itu telah dijual di premis Cash Converter dengan harga RM1,500. 

Malah katanya lagi, Cash Converter tidak bersalah atas apa yang berlaku. Hal ini kerana, resit kerusi roda tersebut telah diberikan kepada anaknya dengan niat untuk memudahkan keadaan kalau kerusi tersebut rosak kerana kerusi itu masih dalam jaminan warranty.

Kalau korang nak tahu, Uncle Kentang ni lah dulu yang belikan kerusi roda tu kepada Pakcik Daud. Tak sangka pulak si anaknya boleh pergi jual kerusi tu!

Rampas telefon bapa supaya tidak dapat minta bantuan

Lebih merumitkan keadaan, anak perempuan pakcik 0KU tersebut katanya telah merampas telefon bimbit bapanya sendiri supaya lelaki itu tidak dapat meminta bantuan.

Walau bagaimanapun, Uncle Kentang yang berhati mulia ini telah membeli semula kerusi roda tersebut daripada Cash Converter.

“Kita beli semula RM1,500. Ini kalau kalau anak jual lagi, kita kasi tolak masuk jamban. 

“Ohhhh anak, kau buat apa dengan RM1,500 itu? Beli barang untuk BF???” 

 

“Tak perlu kutip depa. Biar PDRM yang cari dan kutip” 

Sungguhpun Uncle Kentang marah dengan tindakan anak perempuan dan teman lelaki anak Pakcik Daud, dia tidak berhajat untuk mencari dan memberi pengajaran kepada kedua-dua individu tersebut. Baginya lebih baik polis uruskan hal itu.

“Banyak info masuk mengenai BF anak Daud. Ada orang nak kutip nak ajar dia. Saya kata jangan.

“Kita dah selesai masalah Daud. Tak perlu kutip mereka. Biar PDRM yang cari dan kutip,” katanya dalam satu posting di Facebook.

Dalam pada masa yang sama, Uncle Kentang juga tidak membuat laporan polis bagi pihak Daud kerana memahami perasaan seorang ayah yang tidak mahu burukkan anaknya.

Apa-apapun admin bersyukur sangat sebab kita ada orang sebaik Kuan Chee Heng yang sanggup bantu orang susah macam Pakcik Daud ni. Semoga kisah ini memberi pengajaran buat semua. 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Kenapalah dibuat ayah sendiri macam tu?” – Anak & Boyfriend Durj@na Jual Kerusi Roda Elektrik Bapa 0KU, Nasib Baiklah Uncle Kentang Tolong!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*