Sultan Johor kurnia kereta kepada jururawat W4d Diraja HSA

 

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di W4d Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, hari ini.

Dalam muat naik terbaharu di Facebook rasmi bag1nda, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kenderaan itu bagi menzahirkan penghargaan di atas sumbangan serta khidmat 10 jururawat terbabit kepada baginda dan keluarga diraja Johor.

Penyelia Jururawat, Rokiah Samin yang bertugas di W4d Diraja HSA sejak 2006, melah1rkan perasaan syukur di atas kurniaan berkenaan.

“Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku Sultan di atas kurniaan ini.

“Besar sungguh nilainya kepada kami semua dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda serta keluarga,” katanya.

Kenderaan berkenaan diserahkan dalam satu majlis di Larkin, Johor Bahru.

Turut berkongsi kesyukuran adalah Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan walaupun masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak pada tiga hari yang lalu.

“Saya bersyukur kerana dapat hadir kerana ini adalah satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada Sultan Johor dan keluarga diraja Johor,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber:MYMETRO

Be the first to comment on "Sultan Johor kurnia kereta kepada jururawat W4d Diraja HSA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*