“Badan Dah Tak Kuat, Mata Dah K4bur”-Roslan Salleh

KUALA LUMPUR: Kehadiran lelaki ini dalam keadaan bertongkat dan perlu dip4pah untuk menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) menarik perhatian ramai selepas melihat keadaan fizik4lnya.

Bagaimanapun, ia bukan halangan untuk pelakon veteran, Roslan Salleh, 63, hadir ke mesyuarat berkenaan dalam keadaan agak uzvr.

Meskipun bidang lakonan bukan lagi ‘taman permainan’ buat Roslan berikutan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan, namun tidak bermakna dia melupakan rakan seperjuangan yang pernah melalui saat jatuh bangun bersama dalam dunia seni.

Jauh di sudut hati, Roslan berkata, perasaan rindu terhadap rakan seangkatan dan kerjaya lakonan yang diceburi sejak tiga dekad lalu masih berbekas dalam hati hingga hari ini.

“Ibarat kata orang, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Mana boleh lupa rakan yang pernah bersama saya di lokasi penggambaran sejak 30 tahun lalu. Sedangkan, tiga empat tahun bersama pun kita akan rindu apabila berpisah, inikan pula yang berpuluh tahun lamanya.

“Tidak dinafikan, ada ketika terdetik juga rindu kerana bidang lakonan sudah sebati dalam diri saya. Justeru, apabila ada undangan menjayakan aktiviti yang boleh membuatkan kami berkumpul semula, saya akan usahakan untuk hadir,” katanya kepada BH Online.

Mengulas apakah tidak berminat kembali ke dunia lakonan, sedangkan rindu masih bersisa, tanpa mengambil masa panjang, Roslan memaklumkan, dia tidak akan berganjak dengan keputusannya itu.

“Tawaran masih ada, cuma saya menolaknya. Saya sudah tidak berdaya dalam keadaan sekarang. Nak bawa badan sendiri pun tak kuat, kudrat semakin lemah dan mata agak kabur, tak macam zaman muda dulu.

“Lagipun, saya bimbang jika terima tawaran diberikan, saya tak mampu memberikan mutu lakonan terbaik. Sebagai pengarah, sudah tentu mereka mahu pelakon memberikan komitmen tinggi terhadap kerja. Daripada saya menyusahkan banyak pihak, lebih baik saya menarik diri,” katanya sambil memberitahu keputusan untuk bersara tidak dipengaruhi sesiapa.

Roslan Salleh tetap bersemangat bertemu rakan artis meskipun keadaannya uzur dan dipapah bagi menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), baru-baru ini. - Foto IG Roslan Salleh

Beberapa bulan lalu tular di media sosial mengenai pelakon filem Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan itu yang kini mencari rezeki dengan berniaga produk makanan secara kecil-kecilan.

Mengulas perkara itu, Roslan berkata, dia bersyukur perniagaan itu sedikit sebanyak dapat menampung kehidupannya sekeluarga.

“Saya bersama isteri dan dibantu anak kini menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh yang dimasak sendiri di rumah. Selain itu, saya menjual produk lain seperti dodol dan bahulu.

“Alhamdulillah, sambutan dan permintaan diterima sangat baik. Biasanya, pelanggan akan telefon untuk tempahan,” katanya teruja.

Roslan berkata, dia tidak pernah rasa terpinggir dan nasibnya masih mendapat perhatian persatuan artis walaupun sudah bersara dan menetap di Melaka.

“Setakat ini, persatuan seni masih mengambil berat mengenai saya. Selain menghulurkan sumbangan, mereka juga mengambil berat soal kesihatan. Tak pernah pun rasa terpinggir kerana mereka dan rakan penggiat seni lain masih berhubung dengan saya,” kata Roslan yang pernah bertugas sebagai guru sebelum menjadi pelakon sepenuh masa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : BH

Be the first to comment on "“Badan Dah Tak Kuat, Mata Dah K4bur”-Roslan Salleh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*