‘Tak Puas Hati Kita Boleh Debate Face To Face’ – Bila TMJ ‘Sound’ Pengurusan FAS

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) didakwa telah menawarkan kontrak dengan gaji sebanyak RM70, 482 sebulan tidak termasuk bonus kepada pemain naturalisasi Harimau Malaya iaitu Sumareh. Terdahulu, Sumareh mencetuskan kontrov3rsi apabila meninggalkan pasukan Pahang tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan dan tidak menjalani latihan pada awal Ogos lalu.

Terbaru, pemilik pasukan bola sepak JDT iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menerusi IG Story akaun rasmi miliknya mendedahkan kontrov3rsi dan menegur mengenai isu tawaran serta perpindahan Sumareh ke skuad Gergasi Merah.

Pesanan ikhlas daripada saya

TMJ membidas sikap pengurusan FAS yang dilihat lebih gemar melakukan provok4si terhadap pasukan JDT dan mempergunakan pasukan sendiri untuk kepentingan peribadi. Menurut TMJ, salah satu contoh provok4si yang dilakukan oleh pengurusan Selangor ialah melalui slogan, “Saksikan Harimau Selatan Hilang Taringnya” yang dipaparkan pada dinding di sekitar Stadium Shah Alam sedangkan skuad Selangor belum memenangi apa-apa kejuaraan liga.

I’m not your enemy…

TMJ turut mengkritik mengenai pengurusan jurulatih pasukan bola sepak itu. Baginda mendedahkan ruang persalinan pakaian pemain bola sepak itu juga hancur disebabkan terlalu ramai pemain. Perbezaan layanan serta kebajikan pemain tempatan dan luar negara adalah dilihat pilih kasih.

Tambah baginda lagi, dia akan tetap berjuang dan menentang sesiapa sahaja yang hanya menggunakan bola sepak sebagai tujuan peribadi.

I’m not your enemy. Your enemy is your own corrupted football management.

Mesej tawaran diterima Sumareh

Sementara itu, Pengarah Teknikal FAS dari Jerman iaitu Micheal Feictenbeiner seolah berminat untuk membawa Sumareh ke Shah Alam dan dia yakin pemain kelahiran Gambia itu sesuai dengan corak permainan skuad Gergasi Merah. Bagaimanapun, Sumareh mengakui falsafah dan strategi permainan bola sepak pasukan Selangor adalah cukup baik.

Difahamkan, Sumareh masih mempunyai kontrak dengan skuad Tok Gajah sehingga 2022 dan dia mengambil tindakan untuk keluar daripada pasukan Pahang kerana dikatakan tidak dibayar gaji selama beberapa bulan. Bagaimanapun, hasrat FAS tidak kesampaian apabila Sumareh memilih menyertai kelab Thailand iaitu Police Tero pada musim depan.

“Jangan tunduk ‘mainan’ Sumareh”-Datuk Jamal

LEGENDA Pahang, Datuk Jamal Nasir Ismail menyokong tindakan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohamadou Sumareh yang didakwa tidak menghormati perjanjian dan berpindah ke kelab Thailand, Police Tero FC.

Menurutnya, PBNP perlu mengambil tindakan serius terhadap Sumareh agar ins1den yang berlaku itu dijadikan pengajaran dan pemain lain tidak mengulangi tindakan yang dilakukan pemain kelahiran Gambia tersebut.

“Persatuan (PBNP) dah minta dia datang berbincang, tetapi dia tak nak datang. Ikut mana-mana pun kena buat tindakan undang-undang kerana persatuan dah bagi ruang dan peluang untuk berbincang. Sumareh sendiri pun dah sahkan dia main di Thailand walaupun isu dengan PBNP belum selesai.

“Jika Pahang ada asas yang kukuh untuk saman atau ambil tindakan kepadanya, kena teruskan sebab dia mungkin dah langgar perjanjian yang dibuat. Dia tidak profesional untuk datang berbincang dan pilihan yang ada hanya bawa perkara ini ke muka pengadilan.

“Tindakan tegas ini akan jadi pengajaran buat pemain lain. Apabila seseorang pemain itu sudah ada perjanjian, maka ada klausa yang perlu dipatuhi. Sebab itu perbincangan perlu dilakukan supaya tidak timbul perkara macam ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin, Sumareh mengumumkan menyertai kelab Thailand, Police Tero FC selepas membuat keputusan mengejut meninggalkan Pahang dengan mendakwa PBNP tidak membayar gajinya, sekali gus mengaktifkan klausa 8.7 yang terkandung dalam kontraknya.

PBNP menafikan perkara tersebut selain mengakui kecewa dengan tindakan Sumareh dan bersedia mengambil tindakan undang-undang ke atas pemain naturalisasi pertama skuad Harimau Malaya itu.

Bagaimanapun, tindakan PBNP itu menerima kritikan daripada segelintir pihak yang menyifatkan tindakan undang-undang oleh persatuan itu tidak wajar, apatah lagi Sumareh tidak dibayar gaji yang menyaksikan dia mengambil langkah meninggalkan Pahang.

“Macam perpindahan Matthew Davies dulu tak ada pun kecoh-kecoh macam ini dan Pahang pun rela melepaskan dia. Kenapa Sumareh pula jadi macam ini? Pahang bukanlah pasukan yang tiada perasaan.

“Kalau Sumareh datang elok-elok berbincang dan menjelaskan dia sudah tak ada hati dengan Pahang, saya rasa tak ada masalah untuk persatuan lepaskan dia. Bila dah tak ada hati nak main pun memang tidak akan bagi 100 peratus dan persatuan pun sedar perkara itu,” ujarnya.

Sumber: hrhcrownprinceofjohor, Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "‘Tak Puas Hati Kita Boleh Debate Face To Face’ – Bila TMJ ‘Sound’ Pengurusan FAS"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*