“Panik! Lif Tersangkut Di tingkat 21” – Ben Ladin

Penyanyi Ben Ladin berkongsi pengalamannya berdepan d3tik cem4s apabila lif yang dinaiki mengalami gangguan keros4kan teknikal.

Situasi itu secara tidak langsung menyebabkan dirinya tersekat ketika lif sudah berada di kedudukan aras 21 di sebuah bangunan kediaman.

Lebih p4nik, katanya, ketika kejadian, tiada pengguna lain yang berada sama dalam lif tersebut.

“Ceritanya, hari ini, pergi ambil makanan (dibawah), lepas itu naik-naik, lif jammed (sangkut). Tak kelakar ya guys! Sorang-sorang ya di tingkat 21.

“Wey sudahlah lapar, gawatnya. Macam mana ni, tolonglah aku, 20 minit sudah ni. Lamanya saya tunggu, dimana juruteknik?,” katanya yang berkongsi satu rakaman video ketika dirinya berdepan situasi panik itu menerusi satu entri di Instagram.

Dalam video tersebut, Ben kelihatan hanya terduduk di lantai lif sementara menunggu juruteknik datang memberikan bantuan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

kisah semalam😅 jammed dalam lift🤣 mula mula panik jugak😭 tapi dah lama lama macam takda apa HAHAHAHA. . korang pernah alami benda yang sama? cuba share sikit kat comment and jangan lupa tengok sampai habis🤪👌🏻

A post shared by BENLADIN (@mohd_benladin) on

Katanya, ia merupakan pengalaman pertama kali berdepan situasi sedemikian.

“Pertama kali sangkut dalam lif. Mula mula panik juga, tapi dah lama-lama macam tak ada apa, haha,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata bersimpati dengan apa yang dialami Ben tersebut.

Pada masa sama, ramai juga yang terhibur dengan cara Ben mengawal rasa cema4s ketika berada dalam lif untuk tempoh yang lama dengan menyanyi dan membuat bising.

“Dulu pernah kena macam ni, seorang diri, tak bawa telefon. Sump4h travma.

“Nasib baik tak tutup lampu lif, lagi pishang dibuatnya

“Biasanye kalau dalam lif, makin lama makin kurang oksigen, bila tak ada oksigen, perangai pun makin pelik-pelik jadinya,” komen sebahagian pengikutnya.

Dalam video tersebut, Ben kemudian turut berkongsi gambar dirinya bersama dua juruteknik yang datang memberikan bantuan kepadanya. 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Panik! Lif Tersangkut Di tingkat 21” – Ben Ladin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*