Mira Kongsi Kehidupan Selepas Berkahwin. Wan Emir Tak Boleh Berenggang, Sampai Sini Dia Ikut

Semenjak mendirikan rumah tangga, pelakon, Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar dilihat sering berkongsi momen mereka bersama di media sosial.

Terbaru, Mira ada memuat naik beberapa buah video di ruangan IG Story memaparkan dirinya sedang menyediakan masakan untuk makan malam.Pada masa sama, Emir juga dilihat sangat ringan tulang membantu isterinya itu ketika di dapur.

Emir Ikut Mira Filzah Sampai Masuk Dapur

Dalam pada itu, pelakon drama, Biadari Kiriman Tuhan itu meluahkan rasa gembira melihat Emir makan dengan penuh selera.

“Yeay habis tulisnya,” tulisnya.Malah, Emir juga turut memuji masakan yang disediakan oleh isteri tercinta itu.

“Seriously, deliciously good!” kongsinya.

Menjengah pula di laman Twitter, rata-rata netizen dilihat begitu teruja selain turut memuji pasangan tersebut yang saling bantu membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah.

Malah, mereka turut mendoakan semoga pasangan pengantin baru itu kekal bahagia hingga ke jannah.

Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki. Emir bekerja sebagai seorang arikitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out di @wanemirastar.

Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Sila LikeFollow Page Emir Amirah di bawah untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai kehidupan mereka

https://www.facebook.com/emiramirah

MOMENT SWEET PERNIKAHAN MIRA FILZAH DAN WAN EMIR ASTAR | SWEET HABIS

Sesi temubual penuh pasangan mempelai Mira Filzah dan suami, Wan Emir. Sweet je pasangan merpati ini, bercakap saling memandang mata.. Nak tahu macam mana Wan Emir tackle Mira dulu? tengok sampai habis.. #emiramirah

Posted by Emir Amirah on Thursday, 3 September 2020

Sumber: Instagram Mira Filzah & Wan Emir Astar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Mira Kongsi Kehidupan Selepas Berkahwin. Wan Emir Tak Boleh Berenggang, Sampai Sini Dia Ikut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*