Nazim dah terbuka hati nak kahwin lagi…

SELEPAS dua tahun menduda, pelakon Nazim Othman mengakui hatinya kini kembali terbuka untuk mendirikan rumah tangga selepas kecvndang pada perkahwinan terdahulu.

Nazim atau nama sebenar Nushrul Alif Othman, 36, berkata dia berharap akan bertemu jodoh tepat selain menerima segala kekhil4fannya yang lalu.

“Di usia sekarang ini, tiada apa yang terbaik boleh diminta selain dibawa dekat kepada ‘zaujah’ saya. Selepas dua tahun solo, akhirnya saya kembali membuka hati untuk berkahwin.

“Beberapa perkara dalam hidup perlu ditel4dani dalam cara yang sangat sukar dan saya ambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kekhilafan serta menerima teladan daripadanya. Saya bukan muda lagi, masa untuk berhenti bersukaria.

“Saya sudah 36 tahun dan masa semakin suntuk.  Selagi sihat walafiat dan berkemampuan, semoga dimakbulkanNya,” katanya.

Pelakon drama Bukan Gadis Biasa di TV3 ini juga memikirkan apakah lambatnya dia bertemu jodoh terbaik disebabkan banyak berbuat silap pada masa lalu.

“Sudah dua tahun bujang. Sampai kadang-kadang tertanya pada Allah, apakah terlalu besar kesilapan laluku sampai susah jodoh nak sampai? Selain minta ampun dengan Dia, mungkin ada juga kesilapan saya sesama manusia.

“Jadi saya dengan rasa rendah diri, nak mohon maaf kepada semua orang yang pernah terasa hati dengan saya sebelum ini sama ada secara sengaja atau tak disengajakan. Saya harap permohonan maaf terbuka ini diterima,” katanya.

Nazim turut berharap perkongsian berkenaan tidak menyentuh sensitiviti sesiapa dan terbuka menyerlahkan sisi rapuhnya.

“Saya mohon maaf jika ada yang tidak berkenaan dengan perkongsian ini. Kebanyakan orang terlalu takut untuk menunjukkan sisi rapuh kepada orang lain mungkin sebab mereka melihatnya satu kelemahan.

“Dari sudut kontranya, pendapat saya menjadi rapuh sehingga ke satu tahap yang kita sedia terima adalah satu kekuatan. Tolong doakan saya. Terima kasih,” katanya.

Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Bella Dally pada 10 September 2016 namun berc3rai pada 2 Mei 2018. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: HM

Be the first to comment on "Nazim dah terbuka hati nak kahwin lagi…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*