Berani media nak letak “Kluster Wartawan”? – Syed Shahridzan bid4s golongan wartawan kerana institusi agama bakal jadi m4ngsa

Solat Jumaat dan solat berjemaah dibenar diadakan semula di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan secara berperingkat mulai esok, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Berikut adalah senarai SOP perlaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah, solat terawih dan solat sunat Aidilfitri yang perlu dipatuhi masjid, surau Solat Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan dan empat negeri di bawah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua agama Islam.

1.Melaksanakan jarakan sosial di dalam dan luar masjid

2.Jarak antara ahli jemaah adalah satu meter dan wajib memakai penutup hidung dan mulut

3.Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga jarakan

4.Jemaah menghidap penyakit kronik, warga emas berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun, tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid

5.Semua jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing- masing ke masjid

6.Jemaah hendaklah terus bersurai dalam keadaan tenang.

7.Tidak dibenarkan berkumpul di dalam atau luar masjid, selesai solat

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut menggariskan saranan tambahan kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri, seperti berikut:

”Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah”

”Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat”

”Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa”

”Ahli Jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, ahli jemaah harus diarah pulang Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran”

Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan.

Namun, perkongsian daripada Syed Shahridzan mencuri perhatian warganet dengan kapsyen ringkas nya:

Jumlah wartawan lagi ramai dari jemaah, lepas tu tak jaga jarak sosial. Kalau ditakdirkan mereka ini menjadi punca penyebaran Covid-19, agak-agak siapa yang kena kecam? Mungkin muncul istilah “Kluster Masjid”. Berani media nak letak “Kluster Wartawan”? Mungkin institusi agama bakal menjadi mangsa keadaan kerana kesilapan sendiri.

Rata rata netizen setuju dengan kenyataan pemuda ini. Namun, kita seharusnya sentiasa bersangka baik dan mendoakan kesejahteraan bersama.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Syed Shahridzan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Pisang Daily

sumber: Oh MyMedia

Be the first to comment on "Berani media nak letak “Kluster Wartawan”? – Syed Shahridzan bid4s golongan wartawan kerana institusi agama bakal jadi m4ngsa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*