Kelonggaran Solat Jemaah di Masjid Ditarik Semula Jika Tak Ikut SOP – Ismail Sabri

Kelonggaran bagi aktiviti solat berjemaah di masjid yang diberikan kerajaan ketika Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh ditarik semula sekiranya ada kawasan yang tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, lapor Awani.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pihak beliau akan menunggu laporan daripada pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandangkan hari ini adalah hari pertama ia dilaksanakan.

Hari ini merupakan hari pertama tetapi sekiranya banyak kawasan yang langgar SOP tidak mustahil kelonggaran ini ditarik balik, kita juga akan nasihat pihak masjid jika kawasan mereka terdapat kes tertentu untuk patuh SOP.”

Kita tak akan tarik semula kelulusan melibatkan semua masjid, bagaimanapun perkara ini bergantung kepada Menteri (Hal Ehwal Agama) kita masih menunggu laporan untuk perkembangan hari pertama.”

Kata beliau, tiada mana-mana pihak dibenarkan untuk ubah SOP yang ditetapkan itu bagi kelonggaran aktiviti solat berjemaah di masjid sepanjang PKPB. Ini termasuklah untuk melakukan aktiviti solat berjemaah di kawasan luar masjid.

SOP yang kita buat telah dapat persetujuan menerusi mesyuarat, termasuk ketua agama bagi setiap negeri, tidak boleh sewenang-wenangnya untuk ubah SOP yang telah kita tetapkan.”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Viral

Sumber : L.Merah

Be the first to comment on "Kelonggaran Solat Jemaah di Masjid Ditarik Semula Jika Tak Ikut SOP – Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*