Fasha Sandha Ded4h Suami Hari-Hari Bersembang Dengan Baby Dalam Perut

Usia kandungan sudah pun mencecah tujuh bulan, pasti Fasha Sandha dan Aidil Aziz tidak sabar menanti detik kelahiran cahaya pertama mereka. Menerusi Instagram, Fasha sempat berkongsikan momen indah menantikan kelahiran anak perempuan itu.

Seperti kita tahu, wanita hamil sangat perlukan perhatian daripada suami. Menerusi entri itu, Fasha meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana suaminya sangat mengambil berat dan menjaganya dengan baik sepanjang proses kehamilan.

 

 
 

Malah, Fasha mendedahkan suaminya sangat prihatin dengan keadaannya dan rajin mengurut kakinya setiap hari. Kata Fasha lagi, Aidil juga setiap hari akan bersembang dengan bayi mereka di dalam perut.

Dalam muat naik tersebut, Fasha turut berkongsikan tentang hubungan mereka suami isteri yang sedaya upaya untuk menerima ketidaksempunaan masing-masing.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan suka melihat pasangan tersebut yang sama cantik sama padan. Malah, netizen turut mendoakan semoga rumah tangga pasangan itu bahagia hingga ke syurga.

Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019, Fasha mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma hasil perkahwinan terdahulu bersama Jejai.

 

Sumber : rotikaya

Be the first to comment on "Fasha Sandha Ded4h Suami Hari-Hari Bersembang Dengan Baby Dalam Perut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*