Diana Danielle Ded4h Kehidupan Sebenar Anak Seni

Tidak dinafikan ramai yang terjejas pendapatan susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seperti diketahui menerusi PKPB, banyak sektor dibenarkan beroperasi semula namun perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Melihatkan keadaan itu, ramai penggiat seni meluahkan mahu memulakan penggambaran drama atau filem memandangkan sudah hampir dua bulan terpaksa menghentikan segala aktiviti sebelum ini.

Isu itu mendapat perhatian Diana Danielle yang tampil mempertahankan permohonan penggiat seni yang mahu kembali melakukan penggambaran. Menurut Diana, penggiat seni bukan sahaja di kalangan artis tetapi mereka yang di belakang tabir juga.

Diana berkata ramai mereka yang bekerja di dalam bidang ini berdepan kesempitan hidup kerana tidak memiliki pendapatan sepanjang tempoh PKP.

“Bukan semua dalam industri ni artis saja. Semua di belakang tabir juga anak seni. Minta fahami kenapa warga seni ni ada di antara kita yang memang struggle sungguh.

Diana berkata perkongsiannya itu bukan mahu menagih simpati tetapi ada diantara mereka yang bekerja di bawah produksi tidak menerima bayaran jika tidak ada kerja. Malah, ada di antara mereka gaji dipecahkan dengan tiga kali bayar.

“Bukan mahu menagih simpati atau meminta lebih dari yang sepatutnya, tapi saya juga kenal ramai krew yang memang ‘freelancing’ atau jika ‘fulltime’ di bawah satu produksi pun jika tak ada kerja tak ada bayaran.

“Bayaran contohnya RM10k tapi dipecahkan kepada 3 kali bayaran selama 3-4 bulan, ada yang gaji mereka pun hanya 3-4 ribu juga dipecahkan kepada 3 kali bayar, berapa sangat untuk mereka nak bertahan kalau lama tak kerja kan,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil itu berharap agar dapat mencari jalan penyelesaian untuk membantu penggiat seni terus mencari pendapatan.

Terdahulu, Presiden Persatuan Filem Malaysia (FDAM), Dr. Ahmad Ibrahim memohon agar kerajaan meluluskan permohonan untuk penggiat seni kembali bekerja.
 
Sumber : rotikaya

Be the first to comment on "Diana Danielle Ded4h Kehidupan Sebenar Anak Seni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*